Sunday 26 February 2012

Jaga Auratmu

TAHNIAH KERANA BERTUDUNG, TETAPI ...
(diambil daripada blog-blog bebas)
Kedah Lanie, Kedahlanie, Kedah Online, Kedahonline - gambar-gambar wanita, perempuan, gadis melayu, bertudung seksi, bogel



Kedah Lanie, Kedahlanie, Kedah Online, Kedahonline - gambar-gambar wanita, perempuan, gadis melayu, bertudung seksi, bogel
Trend..pakai tudung tapi leher ditayangkan...dada yang luas ditayangkan...yang ditutup hanya rambut...lepas itu gaya bertudung pelbagai..fulamak cantik kelihatan tetapi...sesuaikah dengan diri kita sebagai individu islam ?.. Lain lagi yang sekejap pakai tudung sekejap buka tudung..ni apa kes ? Aku taip berdasarkan apa yang aku lihat disekeliling aku...sekeliling kamu bagaimana ? Aku memang suka tengok awek cantik..comel..tapi bila bab nampak awek bertudung tapi nampak leher..dada luas terbuka..aku cuma kata dalam hati.." Eii..bagus buka tudung la kalau gitu...buat malu aje"... Tapi mereka-mereka ni kisah apa dengan kata hati aku ? ikut kata hati dorang dan trend terkini aje...peduli apa kata orang..mereka punya keluhan ni..Ya aku pernah dengar keluhan ni...dari awek yang aku kenal bertudung..lepas itu sekarang ikut sedap dia nak pakai tudung atau tidak. Jika selera dia mahu pakai tudung dia pakai la..ala kadar...lepas tu bila mahu pakai topi...maka topi la jadi penutup kepalanya...ikut sukahati aje..mak bapa dia pun tidak bising jadi buat apa aku bising ?... Pssssssstttttt..aku kurang pasti apa tujuan orang pakai tudung sekarang...untuk tutp aurat atau untuk
ikut trend dan nak nampak cantik aje ?...
Kedah Lanie, Kedahlanie, Kedah Online, Kedahonline - gambar-gambar wanita, perempuan, gadis melayu, bertudung seksi, bogel
http://mydaniaeryati.blogspot.com/2010/06/aku-buka-tudung-sebab-mahu-tayangkan.html
Kedah Lanie, Kedahlanie, Kedah Online, Kedahonline - gambar-gambar wanita, perempuan, gadis melayu, bertudung seksi, bogel
Kedah Lanie, Kedahlanie, Kedah Online, Kedahonline - gambar-gambar wanita, perempuan, gadis melayu, bertudung seksi, bogel
Kedah Lanie, Kedahlanie, Kedah Online, Kedahonline - gambar-gambar wanita, perempuan, gadis melayu, bertudung seksi, bogel

Kedah Lanie, Kedahlanie, Kedah Online, Kedahonline - gambar-gambar wanita, perempuan, gadis melayu, bertudung seksi, bogel
Gadis Melayu kini ramai yang bertudung berbanding dengan dulu. Satu perkembangan yang bagus demi menjaga siasah rupa diri supaya lebih mencerminkan peribadi seorang Islam. Dulu ke sekolah pun kita memakai uniform yang “diwarisi” dari penjajah British. Maka yang lelaki berseluar pendek dan yang perempuan pula dengan gaun pendek. Mulai 1990-an uniform sekolah telah bertukar kepada seluar panjang bagi lelaki dan baju kurung dan bertudung untuk perempuan. Kemas dan sopan.



Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”

1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !

2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.

3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.

4. Bertepuk bertampar dengan lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?

5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian 'gadis bertudung' di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.

http://www.adamfaiz.com/03/12/2010/cantiknya-gadis-melayu-bertudung-tapi/
Kedah Lanie, Kedahlanie, Kedah Online, Kedahonline - gambar-gambar wanita, perempuan, gadis melayu, bertudung seksi, bogel
Kedah Lanie, Kedahlanie, Kedah Online, Kedahonline - gambar-gambar wanita, perempuan, gadis melayu, bertudung seksi, bogel
Kedah Lanie, Kedahlanie, Kedah Online, Kedahonline - gambar-gambar wanita, perempuan, gadis melayu, bertudung seksi, bogel

Kedah Lanie, Kedahlanie, Kedah Online, Kedahonline - gambar-gambar wanita, perempuan, gadis melayu, bertudung seksi, bogel
Apa lagi yang mampu dikata bila maruah gadis bertudung kini macam dipijak-pijak. Yang melakukannya hanya sebahagian tapi semuanya terkena tempias. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tak lama dulu kecoh pasal Edisi Siasat kat NTV7 yang mendedahkan seks di tepi tangga. Cukup memalukan lebih-lebih lagi apabila yang melakukannya bertudung.. BERTUDUNG. Apa lagi nak dikata, lidah kelu untuk bersuara apabila kaum sejenis memijak sendiri maruahnya. Mata bergenang melihatkan hukum agama dicampak ke tepi. Lebih kecewa apabila si pelaku melakukannya tanpa rasa segan silu. Tak habis lagi orang bercakap pasal seks di tepi tangga, keluar pulak isu Skodeng, juga kat NTV7. Tambah memilukan, yang melakukannya turut bertudung. Apa yang sudah jadi ??



Mungkin golongan ini tidak sedar yang mereka telah membuatkan orang lain menjadi mangsa. Kini gadis bertudung dipandang serong oleh masyarakat. Salah siapa? Apa yang berlaku telah memberi peluang kepada yang tak bertudung berkata dengan megahnya, 'PAKAI TUDUNG TAK SEMESTINYA ELOK PERANGAI'. Ya!!! Memang pakai tudung tak semestinya elok perangainya. Tapi "Yang bertudung itu belum pasti azabnya, yang tak bertudung sudah pasti azabnya."



Sebenarnya saya tak mampu lagi nak mendengar cemuhan masyarakat terhadap gadis bertudung. Yang bersalah hanya segelintir, tapi masyarakat seolah-olah menganggap semua gadis bertudung itu buruk perilakunya. Mereka berhak bercakap kerana semuanya realiti. Untuk mengubah pandangan masyarakat ini, sesuatu perlu dilakukan dan yang mampu mengubah ini semua hanyalah GADIS BERTUDUNG.



Memakai tudung, tapi tanpa segan silu memegang tangan bukan muhrim. Memakai tudung, tapi tanpa segan silu berkepit, membonceng motor bukan muhrim. Memakai tudung, tapi tanpa segan silu menunjukkan bentuk badan. Seluar yang ketat dan sendat sudah menjadi amalan. Di atas bertutup tapi ketulan-ketulan lemak di bahagian peha dan pinggul tanpa segan silu menunjukkan wajahnya. Yang lelaki hanya tersenyum, dapat melihat tayangan free tanpa perlu kenakan bayaran. Allah memberi rezeki tapi tidak dimanfaatkan. Wang yang ada diguna untuk membeli baju yang tidak sesuai. Baju yang longgar dipandang hanya sebelah mata. Tapi baju yang hanya layak untuk budak berumur 5-6 tahun yang menjadi rebutan. Bentuk badan yang hanya untuk tatapan suami dapat ditatap oleh semua orang. Memakai tudung, tapi perhiasan yang wajib dilindungi dibiarkan tanpa pelindung. Semuanya sudah menjadi kebiasaan. Apabila sudah menjadi budaya, yang haram dihalalkan.

Ingatlah yang kita punya sesuatu untuk dipertahankan sebelum menyerahkannya kepada yang berhak. Oleh itu kita perlu berusaha sedaya upaya menjaganya. Salah satu usaha yang perlu dilakukan iaitu menjaga aurat kita. Fikirlah, kalau semua kita dah pertontonkan pada umum, apa yang tinggal untuk suami kita???

Tiada apa lagi mampu dikatakan. Cuma, saya merayu kepada semua gadis bertudung, kita semua perlu berganding bahu mengangkat semula maruah gadis bertudung. Tinggikan semula maruah kita di mata masyarakat. Ubah budaya yang kian menular itu. Ingatlah azab Allah tiap kali kita cuba melakukan sesuatu yang melanggar hukumNya. Sama-samalah kita ingat memperingati antara satu sama lain. Kita hidup hanya sementara.
Mungkin hari ni hari terakhir kita....

http://www.tokeikedai.net.my/v8/index.php?name=News&file=article&sid=2130&comments_startnum=111
Kedah Lanie, Kedahlanie, Kedah Online, Kedahonline - gambar-gambar wanita, perempuan, gadis melayu, bertudung seksi, bogel
Kedah Lanie, Kedahlanie, Kedah Online, Kedahonline - gambar-gambar wanita, perempuan, gadis melayu, bertudung seksi, bogel
Kedah Lanie, Kedahlanie, Kedah Online, Kedahonline - gambar-gambar wanita, perempuan, gadis melayu, bertudung seksi, bogel
PAKAI TUDUNG SELAMAT, TAPI TIDAK SELAMAT ...

Memakai tudung bagi perempuan yang telah cukup umur adalah satu kebaikan.
Ia akan mengelakkan siksaan di akhirat kerana mendedahkan salah satu aurat (rambut).

Tetapi, jika aurat-aurat yang lain tidak dijaga, kita masih belum selamat sepenuhnya.
Marilah kita bersama memperbaiki diri dan elakkan dari di azab di Akhirat nanti.

"Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih
mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu" - Surah Al Ahzab, Ayat 59

'Menghulurkan Tudung' bermaksud menutup dengan pakaian yang longgar, labuh, tidak jarang
dan tidak menarik perhatian (warna, hiasan dan corak), terutama kaum lelaki.

'Mereka tidak Diganggu' bermaksud Allah swt akan memelihara wanita-wanita yang patuh
kepadaNya dengan menutup aurat dengan sempurna dari kejahatan manusia.

Masakan Allah akan membiarkan hambaNya yang taat, dirosakkan oleh orang lain.
Allah tidak berdusta, hanya manusia yang sering berdusta dan sanggup memutarbelitkan
perintah Allah swt demi kepentingan diri dan manusia-manusia lain yag 'disembahnya'



Rasulullah SAW Bersabda :
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya (akil baligh),
maka mereka tidak boleh dilihat (diperlihatkan kepada yang bukan muhrim) akan dia,
melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan"
(Hadis Riwayat Abu Daud)


Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis.

Lalu Rasulullah SAW bersabda :
"Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh (akil baligh),
tidak boleh baginya menzahirkan (memperlihatkan kepada yang bukan muhrim)
anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja"
(Riwayat Muslim dan Bukhari)


Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke muara,
Bersakit-sakitlah di Dunia yang sementara, bersenang-senang selamanya di Akhirat ...

Bila-bila masa kita boleh mati, termasuk di usia muda, sedang sihat walafiat, kaya-raya,
berpangkat tinggi, seorang menteri, pemerintah negara atau pemerintah dunia sekalipun.

Allah swt memberikan udara untuk bernafas, jantung yang berdegup dan otak yang berfungsi
Apabila Allah swt menarik balik pemberianNya, tiada satu kuasa lain dapat menghalang


Penafian
Hukum Hakam dalam Islam, Allah yang tetapkan, bukan Rasulullah SAW /Ulama /
manusia lain yang memandai-mandai atau mengada-adakan.

Cuma ada segelintir manusia yang masih mahu memperingatkan manusia lain,
supaya Allah tak azab mereka sekali kalau langsung tak tegur

Jika tak puas hati & nak komplen, deal terus dengan Allah.
Kan ramai manusia tak takut pada Allah

Terbayang azab menanti
Oleh Hellinie Sina
hellinie@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
HAYATI...(dua dari kiri) Diana dalam filem 7 Petala Cinta.
HAYATI...(dua dari kiri) Diana dalam filem 7 Petala Cinta.

SUATU ketika dulu, gadis lincah ini pernah terpalit dengan kontroversi sebagai pelakon seksi di awal pembabitannya dalam dunia seni.

Kini si cantik manis Diana Amir melakukan penghijrahan terbesar dalam hidupnya dengan mengucapkan selamat tinggal kepada imej berkenaan.
sebelum selepas

Foto

LEBIH SELESA...Diana kini berimej baru bertudung sepenuhnya.
Foto

SEKSI...selamat tinggal imej lama.
Foto

DIANA BARU...mahu mengekalkan imej bertudung.
Foto

MANIS...lebih tenang selepas berhijab.

Semakin matang dan dewasa menempuhi kehidupan sebagai seorang artis menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berubah ke arah yang lebih baik sesuai dengan peningkatan usianya.

Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Impian bergandingan dengan Wardina melakukan perubahan mengejut apabila mula memakai hijab sepenuhnya bermula pada bulan lalu tanpa memaklumkan kepada sesiapa termasuk ibu bapanya. Apa yang pasti, Diana nekad menutup aurat.


Bukan mudah gadis kelahiran Johor Bahru ini membuat perubahan besar seperti itu, tetapi apabila membayangkan masa kiamat nanti Diana tanpa menunggu lebih lama melakukan perubahan itu.


Mengambil masa selama empat bulan, Diana mengenakan tudung secara berperingkat bagi membiasakan dirinya dengan keadaan baru.

Kini gadis berusia 25 tahun itu tidak kisah sama ada peminat atau masyarakat di luar mengatakan dia lebih cantik jika tidak bertudung kerana baginya hijab bukan hanya di kepala, tetapi juga di hati.

Diana lebih selesa dengan penampilan terbarunya kerana merasakan dirinya lebih terjaga daripada pandangan umum.

Mungkin sesetengah individu menganggap Diana bertudung hanya sebagai gimik untuk filem 7 Petala Cinta kerana buat pertama kalinya dia memegang watak dengan karakter bertudung labuh.

Namun, realitinya ia adalah imej yang akan dikekalkan Diana sehingga ke akhir hayat.

Yakin dengan keputusan itu, Diana cuba memenuhi tuntutan sebagai Muslimah iaitu hukum wajib bagi seorang wanita Islam memakai tudung.

“Saya mengambil masa selama empat bulan melatih diri sebelum memakai tudung sepenuhnya.

“Pada mulanya saya memakai tudung untuk beberapa hari kemudian kembali ke imej lama iaitu ‘free hair’ apatah lagi apabila saya memenuhi tuntutan watak dalam lakonan. Apabila melakonkan watak dalam 7 Petala Cinta, saya terbiasa dengan hijab di kepala lalu selama beberapa minggu apabila keluar dari rumah saya mengenakan tudung, tetapi saya akui pada ketika itu saya masih belum cukup kuat lalu kembali tidak bertudung.

“Sebenarnya, niat untuk bertudung ini sudah lama namun mungkin sebab azab bukan
di depan mata maka niat untuk bertudung ini ditangguhkan.

“Tetapi, sejak beberapa bulan lalu, apabila saya seorang diri, selalu terbayang azab di hari kiamat. Sekarang ini kita ada kawan dan keluarga yang selalu bersama-sama dengan kita namun bila di akhirat kita tidak ada siapa-siapa,” katanya.

Mempunyai keluarga angkat di Shah Alam, Diana menyifatkan mereka golongan yang warak.

Sebagai seorang Muslimah, dia segan sendiri apabila bertandang ke rumah itu kerana menyedari tanggungjawab sebagai seorang Islam namun tidak menunaikan�nya.
Mencari ruang untuk melawat keluarga angkatnya ketika bulan Ramadan yang lalu, Diana berkata sepanjang berada di rumah itu, dia menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama.

Semuanya bermula apabila pada hari raya ketiga, Diana berkesempatan berjumpa dengan temannya yang terlebih dulu sudah memakai hijab.

Berkongsi perjalanan hidupnya, pada malam itu Diana menilai dirinya dan merenung masa akhiratnya.

“Kenapa mesti berdegil sedangkan dalam al-Quran sendiri sudah menjelaskan mengenai perihal bertudung.

“Jadi, tidak ada alasan lagi kenapa saya menangguhkan perkara yang baik.

“Apabila sudah menutup aurat, semuanya terjaga. Dari segi percakapan, perlakuan, pergaulan dan pemakaian, semua perlu dilakukan seimbang dengan imej bertudung kerana saya tidak mahu dikatakan bertudung hanya kerana terikut-ikut,” katanya.

Apabila dilihat industri seni pada masa kini, fenomena artis bertudung seakan-akan menjadi ikutan. Bermula dengan Irma Hasmie, kemudian Raja Farah dan kini anak keempat daripada tujuh beradik ini.

Tidak kisah dengan rezeki selepas bertudung, Diana berkata dia percaya sekiranya rezekinya, maka ia akan datang tanpa dicari.

Selepas ini, dia akan lebih berhati-hati ketika memilih watak yang sesuai dengan imej bertudungnya.

Tidak menafikan pelakon yang tidak bertudung mungkin menjadi pilihan kerana boleh membawakan pelbagai peranan, tetapi Diana lebih takutkan akhirat berbanding tawaran berlakon.

Diana yang merancang untuk memasuki kelas usrah menjelaskan selagi dia tidak berkahwin, dosa yang dilakukan ditanggung oleh ayahnya.

Tidak mahu kejam dengan orang tuanya, dia turut menambah bahawa ayahnya selalu mendoakan yang terbaik untuknya maka tidak ada sebab bagi Diana membiarkan dosanya diletakkan atas bahu insan yang disayanginya.

Tidak berniat untuk memberitahu peminat berita penghijrahannya, Diana mahu benar-benar selesa dengan imej baru dan yakini terlebih dulu sebelum uar-uarkan perubahan itu. Namun, peminat lebih dulu menghidu perkara baik itu dan Diana tidak mempunyai pilihan lain selain mengiyakan perkara terbabit.

Menafikan perubahan itu disebabkan oleh kekasih hati, Diana menjelaskan setakat ini hatinya masih belum dimiliki dan keputusan untuk bertudung adalah disebabkan diri sendiri dan bukan berpunca dari orang lain. Keluarganya juga hanya mengetahui Diana sudah bertudung selepas beberapa hari dia menutup aurat.

Bercakap mengenai filem 7 Petala Cinta, Diana memegang watak sebagai Hilma Aqila iaitu penuntut madrasah. Hilma sanggup berkorban untuk kebahagiaan orang lain walaupun ia amat menyakitkan dirinya. Dia mencintai seseorang namun sanggup melepaskan lelaki itu demi kegembiraan insan lain.

Diana yang bernaung di bawah MIG Production Sdn Bhd merasakan keputusan yang dilakukannya itu tepat. Setakat ini masih ada lima filem yang bakal ditayangkan di pawagam - antaranya ialah Keramat, 7 Petala Cinta dan X.

Menurut Diana, 7 Petala Cinta adalah lakonannya yang pertama dia memakai tudung labuh manakala X adalah filem terakhir lakonannya sebelum dia berhijab.




Kisah Pramugari Di Azab Dalam Koma di Tanah Suci

Berikut adalah kisah tentang pramugari yang diazab semasa beliau berada dalam keadaan koma di Tanah Suci Mekah. Agak menarik untuk renungan bersama dan muhasabah diri buat semua.



Berpesan-pesanlah kita selagi ada daya. Jangan bila pintu taubat dah tertutup baru tergerak nak bertaubat. Ingatlah kita hanya menumpang dibumi Allah.



Semoga bermanfaat!



_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _



Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.



Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.



Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.



Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.





Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.



Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.



Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.



Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. “Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.



Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.



“Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital,” kata saya.



Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.



Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.



Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.



Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.



Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.



Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.



Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.



Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.



Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.



Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.



Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.



Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.



Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.



Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.



Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??



Saya bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa Puan menangis?”



“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat.”



“Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga.



Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.



Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.



Katanya, “Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.



Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.



Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.



“Habis yang puan pergi haji ini?”



“Yalah…saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi.”



“Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?” tanya saya lagi.



Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,



“Ustaz…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.



“Betul ke puan?” tanya saya, terkejut.



“Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.



Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.



Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah.”



“Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini…putus, jatuh ke dalam api neraka.



Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik.”



Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.



Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.



Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.



Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,



“Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.



Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan.”



Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.



Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.



“Ustaz…saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.



Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.



“Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.



Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.



Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api. Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.



Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi…saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.



Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui…azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini.”



Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.



“Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.



Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh. Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan.



Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.



Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.



“Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.



Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat… saya taubat Nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.



Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.



Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.



“Puan…yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya.



“Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar.”



Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.



Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.



Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.



“Tak boleh Ustaz. Saya takut…saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat.”



Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.



Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya. Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.



Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa.”



“Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.



Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah…”



“Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.



Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.



Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”



Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.



Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?



Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?



Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?



Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?



Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…” Itu dah terlambat.



REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
WAKTU MUDA SEBELUM TUA
DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI



” SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT….”


Sunday, August 14, 2011
Wanita : Beringatlah. Syurga itu Benar. Neraka itu Benar. Azab itu juga benar !

Ini adalah kisah benar tentang seorang pramugari yang koma semasa berada di tanah suci Mekah..Ikuti kisah yang saya dapat ini daripada seseorang yang mengemelkan saya..Kredit kepadanya untuk cerita ini..(^^,)...Diharap cerita ini dapat menjadi teladan kepada semua...


Artikel dari Hj.Mazlan Hj.Nasron. Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.

"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.

Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;

"Kenapa kakak menangis?"

"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;

"Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;

"Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik", tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;

"Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar."

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada'kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;

"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah..."

"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak.

Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.

Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa...

"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..."

Itu dah terlambat.


Sama-samalah kita ambik iktibar daripada cerita ini ye..Aku harap korang sudi la share kan cerita ini supaya lebih ramai lagi yang tahu..Moga kita diberi kebaikan olehNya terutama di bulan puasa ini..Amin...

Wanita dalam Islam sebenar
(seperti di dalam al-Qur'an)



Kedudukan kaum wanita dalam masyarakat Islam agak menyedihkan. Mereka dipersendakan pada sesetengah majlis syarahan agama, dikenakan beberapa peraturan yang ketat, atau disifatkan lebih rendah daripada kaum lelaki. Mereka menjadi mangsa keganasan lelaki, mangsa dalam perceraian, mangsa yang digantung tidak bertali, atau mangsa yang sanggup membuang bayi yang dilahirkannya dengan banyak kepayahan. Kemelut ini berpunca dari kejahilan yang terbit dari input yang tidak sempurna dalam didikan agama. Input yang dimaksudkan ialah ajaran daripada Allah yang terkandung di dalam al-Qur’an.

Kertas ini bertujuan untuk menyampaikan mesej yang banyak daripada Allah mengenai kaum wanita; lantas ia menjadi agak panjang. Di sini mungkin terdapat ayat-ayat Allah yang tidak pernah didengarkan oleh orang-orang yang bertanggungjawab. Semoga dengan munculnya ajaran Islam yang sebenar, iaitu daripada al-Qur’an, maka lenyaplah amalan palsu mengenai kaum wanita yang sedang diamal oleh sebahagian besar masyarakat Islam.

Ciptaan

Perempuan yang pertama dicipta Allah ialah isteri Adam. Dia dicipta untuk menjadi pasangan bagi Adam, atas kehendak Allah sendiri, Yang mencipta semuanya berpasangan (43:12). Daripada Adam dan isterinya, lahirlah kaum lelaki dan perempuan yang berkembang biak, dan pada hari ini mereka berjumlah kira-kira 5.7 bilion kesemuanya. Mereka dicipta agar takut kepada-Nya. Firman-Nya, "Wahai manusia, takutilah Pemelihara (Tuhan) kamu Yang mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya (isterinya), dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan" (Ayat pertama, Surah ke 4, berjudul "Perempuan"; atau lazimnya ditulis seperti 4:1).

Pengasihan

Antara lelaki dan perempuan, Allah mengadakan pertalian persahabatan (9:71). Namun, yang paling manis sekali yang diadakan-Nya pada mereka ialah perasaan cinta dan pengasihan, seperti kata-Nya yang berbunyi "Dia mengadakan di antara kamu, cinta dan pengasihan" (30:21). Perasaan cinta dan pengasihan ini selanjutnya mengikat kedua-dua jantina ini dalam ikatan perkahwinan agar mereka dapat hidup bersama, dengan halal, dan bersatu dalam kebahagiaan.

Perkahwinan, yang disuruh Allah, adalah lawan bagi amalan zina. Ini disimpulkan setelah diperhati tiap-tiap ayat al-Qur'an yang mengandungi kata ikatan perkahwinan, di mana kata ini sentiasa dituruti kata lawannya, iaitu perzinaan. Sebagai contoh ialah ayat yang berbunyi "Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka .... sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan" (4:25).

Zina

Amalan zina adalah bukan sahaja dilarang, malah, ia dilarang daripada mendekatinya jua. Firman-Nya, "Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat" (17:32). Lupakanlah sahaja keinginan untuk melakukan zina!

Amalan sumbang dan jahat ini bukan suatu fenomena yang baharu dalam masyarakat. Pengamalannya yang meluas adalah sejak dari zaman dahulu lagi, seperti pada zaman Nabi Yahya dan Mariam (ibu Nabi Isa), iaitu kira-kira dua ribu tahun dahulu. Andaian dibuat setelah mendapati Allah menyebut dengan jelas kepada bapa Nabi Yahya (Zakaria) bahawa anaknya yang bakal dilahirkan adalah seorang yang suci daripada kejahatan nafsu berahi (3:39), sementara Mariam pula, disebut sebagai seorang perempuan yang menjaga kemaluannya (21:91 dan 66:12). Mereka berdua tentu telah menjadi contoh teladan yang terbaik pada zaman itu.

Zina bukanlah amalan orang-orang lelaki dan perempuan yang mukmin (yang mempercayai Allah dan Kitab-Nya), kerana mereka diperintah supaya menjaga kemaluan mereka. Firman-Nya, "Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka" (24:30). Pandangan yang tidak dikawal dan kemaluan yang tidak dijaga adalah punca berlakunya perzinaan.

Lelaki dan perempuan yang berzina, setelah sabit kesalahan, iaitu keterangan empat saksi, dihukum dengan seratus sebatan tiap-tiap seorang (24:2). Sekirannya bilangan seratus ini dikatakan hudud (had-had) Allah, maka pada hemat saya, bilangannya adalah had maksimum. Pelaksanaannya pula, menurut ayat itu lagi, hanya disaksikan oleh segolongan orang mukmin, bukan disaksikan oleh orang ramai seperti terdapat pada amalan sesetengah masyarakat Islam di dunia.

Penuduh ke atas perempuan yang berkahwin dan tidak mendatangkan empat saksi, dikenakan lapan puluh sebatan pula, dan kesaksiannya tidak lagi diterima selama-lamanya. Cakapnya tidak dipercayai lagi. (24:4)

Hukuman ke atas penzina adalah tidak seberat hukuman yang dikenakan ke atas pencuri. Pencuri lelaki dan pencuri perempuan dihukum dengan memotong tangan-tangan mereka (5:38). Itu pun juga, pada hemat saya, adalah had maksimumnya.

Tanpa bapa

Hukuman adalah hanya ke atas penzina, tidak pada anak-anak yang mereka lahirkan. Hukuman yang dikenakan ke atas anak-anak mereka berupa istilah, seperti anak luar nikah, atau anak haram, yang lazim digunakan. Sebaliknya pula, kata-kata ini tidak seharusnya menjadi sebutan orang-orang Islam, kerana ia tidak disebut, atau tidak diajar oleh Allah di dalam kitab-Nya, al-Qur'an. Justeru, anak-anak yang tidak berdosa itu sewajarnyalah tidak dizalimi dengan cercaan seperti ini.

Kezaliman pada anak-anak ini ditambah lagi apabila wujud undang-undang yang menyuruh mengosongkan tempat bagi nama bapa-bapa mereka (dan butiran lain mengenainya) pada sijil pengakuan kelahiran mereka, atau surat beranak. Walhal, surat beranak adalah suatu dokumen yang merekodkan kelahiran bayi, dan mereka pula, seperti bayi-bayi lain, tidak seperti Nabi Isa yang dilahir tanpa bapa!

Dengan tidak mencatat nama bapa, dan butiran lain mengenainya, pada surat beranak anaknya, kelihatan pula seperti dapat melepaskan kaum lelaki (yang sama-sama terlibat dalam kejahatan) daripada tanggungjawab mereka, dan selanjutnya memungkinkan mereka untuk berterusan dalam dosa zina dengan perempuan-perempuan lain.

Anak angkat

Bagi kanak-kanak, menurut al-Qur’an, seharusnya diketahui siapa bapa-bapa mereka, kerana sekiranya mereka dijadikan anak-anak angkat, maka mereka hendaklah dibinkan menurut nama bapa-bapa mereka yang sebenar. Firman-Nya, "Dan tidak juga Dia membuatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu ... Panggillah mereka mengikut bapa-bapa mereka yang sebenar; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan" (33:4-5).

Hukum

Malang menimpa lagi pada kanak-kanak yang lahir daripada perzinaan, kerana wujud pula dalam ajaran "Islam" suatu hukum yang menetapkan mereka (yang perempuan) boleh membatalkan air sembahyang bapa-bapa mereka dengan hanya menyentuh kulit mereka. Kedudukan mereka sama dengan perempuan lain yang halal berkahwin dengan bapa mereka.

Kesopanan

Perzinaan tidak berlaku sekiranya kesopanan dijagai, dan Allah ditakuti. Kesopanan bagi lelaki dan perempuan semasa mereka berinteraksi sebagai sahabat telah disebut, iaitu mereka diperintah supaya mengawal pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Akan tetapi, bagi kaum wanita (kerana kewanitaannya) ditambah lagi dan tambahannya adalah seperti yang tersurat di dalam sebuah ayat yang panjang berbunyi,

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya;

Dan hendaklah mereka meletakkan penudung (mantel) mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki (hamba daripada rampasan perang),

Atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan" (24:31).

Ayat ini menggesa kaum wanita supaya tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang-orang yang rapat seperti yang telah disebut. Kata perhiasan selalu dituju kepada barang-barang kemas. Akan tetapi perhiasan perempuan di sini bermaksud bahagian anggotanya yang di dada, yang digesa supaya ditutup dengan penudung. Penudung, atau kata Arabnya di situ, khumur, adalah bukan tudung kepala perempuan. Dalam bahasa Inggeris ia adalah veil yang juga tidak bermaksud tudung kepala perempuan. Lazimnya tudung kepala perempuan dikaitkan dengan jilbab (33:59), juga diterjemah kepada 'penudung', yang bermaksud "pakaian luar; gaun panjang yang menutupi seluruh badan, atau mantel yang menutupi leher dan payudara" [The Holy Qur'an, Abdullah Yusuf Ali (1946), halaman 1126, nota kaki 3765]. Ia bukan tudung kepala.

Maka, pakaian wanita haruslah labuh dan menutup bahagian dada mereka. Atau dada ditutup dengan sehelai kain lain yang dipanggil khumur.

(Tudung kepada yang kini dipakai oleh kaum wanita adalah 'mandil' dalam bahasa Arab. Ia bermaksud kerchief; handkerchief; head kerchief, dalam bahasa Inggeris. Tetapi ia tidak terdapat di dalam al-Qur'an.)

Tudung Kepala

Apa yang dikatakan perhiasan itu tidak termasuk bahagian-bahagian anggota di kepala seperti rambut, mata, mulut, hidung, telinga, dan pipi wanita. Andaikata bahagian-bahagian anggota wanita ini wajib ditutup, dengan tudung kepala supaya tidak dilihat oleh lelaki (seperti yang diwajibkan dalam ajaran agama ulama palsu), maka kaum lelaki pun patut menutup bahagian-bahagian tersebut kerana kaum wanita juga boleh berkeinginan pada lelaki dengan hanya melihat bahagian-bahagian tersebut. Kemungkinan ini dibayangkan Allah di dalam al-Qur'an dengan sebuah cerita mengenai Nabi Yusuf yang digoda oleh wanita-wanita, termasuk isteri pembesar, kerana dia kelihatan begitu menawan (iaitu daripada bahagian-bahagian anggotanya yang dapat dilihat).

Perhiasan wanita boleh bermaksud payudaranya. Payudara perempuan yang lanjut usia pun tidak seharusnya dinampakkan seperti perempuan lain. Firman-Nya, "Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk menanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi mereka" (24:60).

Malah, dalam sebuah ayat yang terdahulu di dalam al-Quran, mengenai pakaian manusia, Allah menyatakan bahawa Dia telah menurunkan "pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib" (7:26). Tentu sekali maksud kata bahagian aib itu tidak termasuk bahagian-bahagian di kepala wanita, mahupun lelaki.

Dengan adanya beberapa petunjuk daripada al-Qur’an, maka Islam yang sebenar tidak mewajibkan wanita bertudung kepala.

Kata aurat yang turut disebut di dalam ayat yang panjang tadi (24:31) bermaksud bahagian-bahagian sulit, yang orang-orang berkeinginan seks meminati, tetapi tidak dimengertikan oleh kanak-kanak kecil. Kata ini memang sudah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam Islam. (Sila rujuk Kalimat aurat di dalam al-Qur'an.)


Lesbian

Selain zina, seseorang wanita itu boleh melakukan kesumbangan akibat nafsu berahinya pada yang sejantina dengannya. Bagi kesalahan ini, pesalah dikurung, yang ada kalanya sampai mati. Firman-Nya, "Dan perempuan-perempuan kamu yang melakukan kesumbangan, panggillah empat di antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka menyaksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian mematikan mereka, atau Allah mengadakan bagi mereka satu jalan" (4:15).

Hukuman bagi lesbian adalah tidak sama dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina.

Sama

Beralih kepada soal sama ada lelaki dan perempuan itu sama. Sebenarnya, mereka adalah sama di sisi Allah. Kesamaan mereka adalah pada:

1. usaha untuk mencari pemberian daripada Allah. Firman-Nya, "Bagi orang lelaki, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan. Dan mintalah kepada Allah pemberian-Nya" (4:32).

2. keimanan dan ganjaran daripada Allah. Firman-Nya, "Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar" (33:35).

Pendek kata, seperti kata Allah juga, "Sesiapa membuat kerja-kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan masuk Taman (syurga), dan tidak dizalimi satu bintit pun" (4:124). Kata mukmin bererti believer dalam bahasa Inggeris.

3. jodoh masing-masing, iaitu yang jahat bagi yang jahat dan yang baik bagi yang baik. Firman-Nya, "Wanita-wanita yang buruk untuk lelaki-lelaki yang buruk, dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita-wanita yang buruk; wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik" (24:26), dan,

4. hukum, seperti hukum zina yang berbunyi, "Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan" (24:2), dan hukum bagi pencuri, berbunyi "Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan" (5:38).

Hak

Begitulah juga dengan hak. Kaum wanita mempunyai hak yang sama dengan kaum lelaki. Hak yang sama ini diberikan Allah kepada mereka dengan firman-Nya yang berbunyi, "Bagi perempuan ada hak yang baik seperti yang ke atas lelaki" (2:228).

Perbezaan

Namun begitu, mungkin kerana perbezaan pada kromosom antara lelaki dan perempuan membuatkan ada sedikit perbezaan, dan perbezaannya adalah dalam tanggungjawab. Ayat-ayat al-Qur’an yang menjelaskannya adalah seperti di bawah:

1. "Tetapi para lelaki mereka adalah satu darjat di atas mereka” (2:228). Darjat di sini, menurut konteksnya, adalah hak suami untuk mengambil balik isteri yang diceraikan apabila mereka ingin membetulkan antara mereka.

2. "Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan sebab Allah melebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka menafkahkan (membelanjakan) daripada harta mereka" (4:34). Kaum lelaki dipertanggungjawabkan sebagai pengurus urusan perempuan kerana kaum lelakilah yang membelanjakan. Kaum lelaki menyara hidup kaum perempuan, dan bukan sebaliknya.

Pada sebuah ayat yang lain pula, Allah menyatakan, "Adalah atas bapa untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik" (2:233). Ayat ini bersangkut hal perceraian; sehingga dalam keadaan begini pun bapa dipertanggungjawabkan menyara anak-anaknya.

3. "Atau jika kedua-duanya bukan lelaki (saksi-saksi dalam perjanjian perdagangan yang tidak bertulis), maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan mengingatkannya" (2:282). Walaupun dua tetapi hanya seorang yang memberi kesaksian. Yang seorang lagi mengingatkannya jika dia sesat, seperti berkahwin dengan saksi lelaki, atau kerana hormon yang mudah mempengaruhi emosi. Kesaksian terdedah kepada tekanan pihak lelaki, dan dengan Allah menetapakan dua perempuan, Dia memberi perlindunagn kepada mereka daripada manipulasi kaum lelaki. Inilah satu-satunya kesaksian yang memerlukan dua perempuan (perjanjian perdagangan tanpa tulis). Dalam yang lain tidak, seperti "Dan orang-orang yang membalingkan kepada isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi, kecuali diri-diri mereka sendiri, maka kesaksian seorang daripada mereka ialah menyaksikan dengan Allah empat kali, bahawa dia termasuk orang-orang yang benar." (24:6)

4. "Allah mewasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki serupa dengan bahagian dua perempuan ..." (4:11). Ini adalah bunyi permulaan ayat yang menetapkan bahagian-bahagian yang diterima oleh kaum lelaki dan perempuan dalam pembahagian harta pesaka. Akan tetapi, ia tidak semestinya dibahagi begitu. Sila rujuk Wasiat dan Pembahagian Harta Pusaka.

Demikian beberapa ketidaksamaan antara lelaki dan perempuan yang tersurat di dalam al-Qur’an.

Dipuja

Seperti pada ciptaannya, yang disifatkan Allah sebagai satu daripada ayat-ayat-Nya, atau satu daripada kebesaran-Nya (30:21), kaum wanita memang istimewa. Mereka dipuja, dan ada pula yang dijadikan sebagai:

1. tuhan, atau dewi, atau goddess, dengan dipuja, diseru, dan dijadikan tempat untuk memohon. Firman-Nya, "Tiadalah yang mereka seru selain daripada Dia melainkan perempuan" (4:117). Mungkin ayat ini ditujukan juga kepada sesetengah manusia (lelaki terutamanya) yang mengutamakan perempuan lebih daripada keutamaan kehendak Allah ke atasnya. Lelaki seperti ini bertuhankan perempuan.

2. satu tanda kesenangan hidup di dunia. Firman-Nya, "Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itulah kesenangan kehidupan dunia" (3:14).

Begitu kuat sekali pengaruh perempuan ke atas lelaki sehingga Nabi sendiri telah dapat ditewaskan apabila baginda melalaikan hukum Allah dan mengutamakan kehendak isteri-isterinya. Kisah ini diriwayatkan Allah di dalam al-Qur'an berbunyi, "Wahai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan hati isteri-isteri kamu?" (66:1). Tentulah Nabi sangat sayang pada isteri-isterinya.

Perkahwinan

Perasaan cinta dan pengasihan antara lelaki dan perempuan, yang dikurniakan Allah, berjaya memujuk kebanyakan mereka untuk hidup bersama, dan bersatu, dalam ikatan perkahwinan. Perkahwinan yang disuruh Allah telah menjadi sunnah semua Rasul (13:38), termasuk Nabi Isa.

Lalu kaum wanita menjadi isteri-isteri. Isteri dicari dengan menggunakan harta. Mereka dicari bukan untuk perzinaan, tetapi untuk diikat dalam ikatan perkahwinan. Firman-Nya, "Dihalalkan bagi kamu .... adalah bahawa kamu mencari, dengan menggunakan harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan ..." (4:24).

Manakala bagi lelaki yang tidak berharta tetapi ingin mengahwini perempuan mukmin yang merdeka, mereka akan mengahwini hamba yang mukmin, atau mereka bersabar. Firman-Nya, "Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki .... dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar" (4:25).

Isteri menjadi teman hidup dan tempat berehat bagi suami. Firman-Nya, "Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia menciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, teman-teman hidup (isteri), supaya kamu berehat pada mereka" (30:21).

Keselesaan, kemesraan, dan kepuasan yang dinikmati bersama antara suami dan isteri dirakamkan lagi di dalam al-Qur’an dengan sebuah ayat yang berbunyi, "Mereka (isteri) adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka" (2:187).

Selain daripada dapat menjauhkan kaum wanita dari kancah perzinaan, perkahwinan juga melepaskan mereka daripada dijadikan teman rahsia (secret lover). Kata “teman rahsia” terbit dua kali di dalam al-Qur'an, iaitu pada ayat 4:25 dan 5:5. Allah melarang menyimpan teman rahsia.

Halal

Orang-orang yang halal dikahwini telah disenaraikan Allah di dalam al-Qur’an. Senarai itu kini disusun seperti di bawah ini:

1. bujang. Firman-Nya, "Kahwinlah orang-orang yang tanpa teman hidup di kalangan kamu" (24:32),

2. janda. Firman-Nya, "Tidak ada kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran kepada perempuan-perempuan (janda) yang kamu menawari" (2:235),

3. ahli Kitab. Firman-Nya, ".. dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu" (5:5),

4. hamba yang mukmin. Firman-Nya, "maka dia mengambil (sebagai isteri) pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki" (4:25),

5. anak yatim, dan kanak-kanak yang ditindas. Firman-Nya, "... mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak memberikan apa yang ditetapkan untuk mereka, tetapi kamu ingin mengahwini mereka, dan kanak-kanak yang ditindaskan" (4:127),

6. anak tiri daripada isteri yang belum dimasuki. Firman-Nya, "... dan (diharamkan berkahwin) anak-anak perempuan yang dalam penjagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah memasuki - tetapi jika kamu belum memasuki mereka, maka tidaklah bersalah ke atas kamu" (4:23),

7. bekas isteri anak angkat. Firman-Nya, "tidak ada kesalahan ke atas orang-orang mukmin dalam hal isteri-isteri anak-anak angkat mereka" (33:37),

8. wanita mukmin yang lari daripada suami yang kafir. Firman-Nya, "... dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk mengahwini mereka (yang lari daripada suami yang kafir)" (60:10), dan

9. sepupu, seperti yang disebut di dalam sebuah ayat yang khusus bagi Nabi berbunyi, "Wahai Nabi, Kami telah menghalalkan untuk kamu isteri- isteri kamu yang kamu telah memberikan upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu memiliki, daripada rampasan perang yang Allah memberikan kamu, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-emak saudara sebelah bapa, bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu dan emak-emak saudara sebelah ibu, yang berhijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia menyerahkan dirinya kepada Nabi dan jika Nabi menghendaki untuk mengahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain" (33:50). Kelebihan Nabi dalam memilih isteri ialah dia dibenarkan berkahwin dengan perempuan yang menyerahkan dirinya kepada dia.


Haram

Begitu juga Allah telah menyenaraikan beberapa golongan yang haram dikahwini. Mereka terdiri daripada:

1. yang enggan. Firman-Nya, "tidak halal bagi kamu untuk mewarisi perempuan-perempuan dengan paksa" (4:19),

2. bekas isteri bapa. Firman-Nya, "Dan janganlah mengahwini perempuan-perempuan yang bapa-bapa kamu telah mengahwini" (4:22),

3. ibu bapa, anak-anak sendiri, adik-beradik, ibu atau bapa saudara dan anak-anak saudara. Firman-Nya, "Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan saudara perempuan kamu" (4:23),

4. perempuan yang menyusukan, dan yang sesusuan. Firman-Nya, "dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan" (4:23),

5. mertua, dan anak-anak tiri yang ibunya sudah dimasuki. Firman-Nya, "dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak perempuan yang dalam penjagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah memasuki" (4:23),

6. menantu. Firman-Nya, "dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu" (4:23),

7. dua adik-beradik. Firman-Nya. "dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik” (4:23),

8. isteri orang. Firman-Nya, "Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki" (4:24),

9. penzina. Firman-Nya, "Lelaki yang berzina tidak mengahwini kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang menyekutukan; dan perempuan yang berzina, tiada yang mengahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau lelaki yang menyekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang mukmin" (24:3),

10. yang jahat bagi yang baik. Firman-Nya, "Wanita-wanita yang buruk untuk lelaki-lelaki yang buruk, dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita-wanita yang buruk; wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik" (24:26),

11. yang ditalak (dicerai) sebanyak dua kali. Firman-Nya, "Jika dia menceraikannya (buat kali kedua), dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain" (2:230),

12. yang menyekutukan Allah (yang mengadakan selain daripada Allah untuk menetapkan dalam gama). Firman-Nya, "Janganlah mengahwini perempuan-perempuan yang menyekutukan sehingga mereka mempercayai; hamba perempuan yang mukmin adalah lebih baik daripada perempuan yang menyekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Dan janganlah mengahwini orang-orang lelaki yang menyekutukan sehingga mereka mempercayai. Hamba yang mukmin adalah lebih baik daripada orang yang menyekutukan, walaupun dia menarik hati kamu" (2:221), dan akhirnya,

13. yang tidak percaya (kafir) kepada Allah dan Kitab-Nya. Firman-Nya, "Mereka (yang mukmin) adalah tidak halal bagi orang-orang yang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang yang tidak percaya halal bagi mereka" (60:10).

Izin

Terdahulu sekali dalam perkahwinan ialah persetujuan daripada pihak diri perempuan itu sendiri. Allah jelas apabila menetapkan ini dengan firman-Nya yang berbunyi, "tidak halal bagi kamu untuk mewarisi perempuan-perempuan dengan paksa" (4:19).

Perkahwinan juga dilangsungkan dengan izin keluarga perempuan. Ini diisyaratkan Allah apabila Dia menentukan iaitu, bagi perempuan yang berstatus hamba pun, sekiranya hendak dikahwini, adalah dengan izin keluarganya. Firman-Nya, "Maka kahwinilah mereka (yang tangan kanan kamu memiliki) dengan izin keluarga mereka" (4:25).

Akad

Izin daripada keluarga perempuan dilafaz seperti pada akad nikah. Sebagai contoh akad daripada al-Qur'an ialah lafaz bapa mertua Nabi Musa tatkala dia menyerahkan anaknya kepadanya (Musa) untuk dikahwinkan, berbunyi "Aku menghendaki untuk mengahwinkan kamu dengan seorang daripada dua anak perempuanku ini, dengan kamu mengambil upah daripada aku selama lapan tahun" (28:27). Turut disebut di dalam lafaznya ialah mas kahwin, yang berupa perkhidmatan Nabi Musa kepadanya dalam tempoh masa yang ditentukan. Mas kahwin yang begini rupa adalah kerana Nabi Musa pada ketika itu seorang fakir.

Hadiah

Perempuan yang dikahwini diberi hadiah, atau mas kahwin, atau upah (menurut kata al-Qur’an), atau seperti kata yang selalu disebut orang Melayu, iaitu hantaran. Hantaran adalah suatu ketentuan menurut hukum Allah (4:24), dan diberi kepada semua perempuan yang dikahwini, termasuk kaum hamba (4:25).

Mas kahwin adalah sesuatu hadiah yang rela. Firman-Nya, "Dan berilah perempuan-perempuan mas kahwin mereka sebagai satu hadiah yang rela, tetapi jika mereka, dengan suka hati, menawarkan kepada kamu sesuatu daripadanya, maka makanlah ia dengan selera yang sihat" (4:4).

Muafakat

Keharmonian hidup sepasang suami-isteri adalah dengan adanya muafakat. Mereka berpakat dengan baik, seperti dalam urusan keluarga. Allah menunjukkan suatu muafakat dalam rumah tangga antara suami dan isteri dengan ayat berbunyi, "Para ibu akan menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi orang yang menghendaki untuk menyempurnakan penyusuan. Adalah atas bapa untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik .... Tetapi jika keduanya menghendaki, dengan persetujuan bersama dan perundingan, untuk menyusukan, maka tidaklah ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu berkehendak untuk mencari penyusu bagi anak-anak kamu, tidaklah bersalah ke atas kamu asal sahaja kamu menyerahkan apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah melihat apa yang kamu buat" (2:233).

Suatu yang menarik mengenai ayat tersebut ialah ia berkontekskan penceraian. Sehingga dalam krisis begini pun Allah menyuruh supaya berunding dengan baik antara (bekas) suami dan isteri!

Atau, dalam keadaan marah dan benci, yang boleh mengakibatkan perceraian, juga disuruh-Nya bergaul dengan baik. Mungkin apa yang dibenci itu adalah suatu yang baik. Firman-Nya, "Bergaullah dengan mereka dengan baik; atau jika kamu membenci mereka, mungkin kamu membenci sesuatu padahal Allah membuatkan padanya banyak kebaikan" (4:19).

Bercampur

Kenikmatan hidup sepasang suami-isteri memuncak apabila mereka bercampur dengan baik. Masing-masing adalah pakaian bagi satu sama lain. Pakaian ini juga dipakai pada malam bulan Ramadan. Firman-Nya, "Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka" (2:187).

Digambarkan lagi kenikmatan ini dengan firman-Nya yang berbunyi, "Perempuan-perempuan kamu adalah tanaman bagi kamu; maka datangilah tanaman kamu seperti yang kamu mengkehendaki" (2:223).

Namun, percampuran ini ada hadnya. Malah, ia diharamkan pada beberapa keadaan yang tertentu. Keadaan-keadaan itu adalah:

1. apabila bertekun di masjid, seperti pada malam bulan Ramadan. Firman-Nya, "dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid" (2:187),

2. dalam Haji. Firman-Nya, "sesiapa yang menetapkan untuk Haji padanya, tidak boleh bercampur dengan isterinya" (2:197),

3. semasa dalam haid. Firman-Nya, "maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah memerintahkan kamu" (2:222). Tidak terdapat larangan lain bagi perempuan yang dalam haid di dalam al-Qur'an; tidak disebut-Nya mengenai larangan mendirikan solat, berpuasa, atau menyentuh dan membaca al-Qur’an.

4. memantangkan diri selama empat bulan. Selepas tempoh ini percampuran diharamkan, dan mereka dianggap seperti bercerai. Firman-Nya, "Bagi orang-orang yang bersumpah memantangkan diri daripada perempuan-perempuan mereka, mereka menunggu empat bulan. Jika mereka kembali, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih. Tetapi jika mereka memutuskan untuk bercerai, maka sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui." (2:226-227), dan akhirnya,

5. menzihar isteri (berkata kepada isteri, "Kamu, padaku, adalah seperti punggung ibuku"), dan tidak pula mengadakan tebusan apabila ditarik balik apa yang telah dikatakan. Percampuran diharamkan dalam situasi seperti ini. Firman-Nya, "Dan orang-orang yang menzihar isteri-isteri mereka, kemudian mereka menarik kembali apa yang mereka telah mengatakan, mereka akan memerdekakan seorang hamba sebelum keduanya menyentuh satu sama lain ... Tetapi sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin" (58:3-4).


Khatan

Menyentuh sedikit mengenai suatu yang berkaitan, yang agak sensitif, iaitu alat kelamin. Alat ini, baik bagi perempuan mahupun lelaki, tidak disuruh Allah agar ia dicacatkan, atau dikhatan. Justeru pendapat manusia berbeza mengenainya. Ramai tampil ke hadapan dengan hujah masing-masing. Ada golongan yang bersetuju, dan ramai pula yang menolak. Sungguh menarik perdebatan mengenainya. Para doktor turut memberi sumbangan dalam bentuk hasil kajian. Begitulah banyaknya artikel yang tersimpan di internet (lihat circumcision) mengenai khatan. Kebanyakan penyumbang didapati tidak bersetuju dengan khatan, terutamanya bagi perempuan, dan mereka menggunakan istilah mutilation (mencacatkan) bagi amalan ini. Lagipun, sekiranya hendak direnungkan ayat-ayat al-Qur’an mengenai ciptaan-Nya, maka terserlahlah dua buah ayat di mana, yang pertama, Allah telah menyatakan yang Dia “mencipta segala sesuatu dengan baik” (32:7), dan satu lagi iaitu apabila syaitan berjanji untuk menyesatkan manusia berbunyi "aku akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah" (4:119).


Poligami

Poligami adalah halal. Amalan ini bertujuan untuk berlaku adil terhadap anak-anak yatim. Firman-Nya, "Jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu, dua, dan tiga, dan empat" (4:3). Maksud kata “perempuan-perempuan” di sini ialah anak-anak yatim yang perempuan.

Ayat tersebut seterusnya memberi nasihat, atau amaran, berbunyi "tetapi jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja ... ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak membuat aniaya". Ketidakadilan dalam poligami mengakibatkan penganiayaan ke atas kaum wanita. Allah benci penganiayaan.

Namun, ketidakadilan terhadap isteri-isteri tetap berlaku dalam poligami. Firman-Nya, "Kamu tidak akan boleh berbuat adil di antara isteri-isteri kamu, walaupun kamu ingin sekali" (4:129). Maka, jauhi amalan poligami!

Cara berbuat adil pada isteri-isteri pula ditunjukkan Allah di dalam ayat yang sama, berbunyi "maka janganlah kamu condong dengan seluruh kecondongan sehingga kamu meninggalkannya seperti tergantung" (4:129). “Gantung tak bertali” kerana suami condong pada madu. Itu sering berlaku. Ia dilarang Allah.

Pertelingkahan

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pulak suami isteri! Demikian kata dalam sebuah lagu Melayu evergreen. Pertelingkahan antara suami dan isteri dilalui dengan baik, iaitu dengan cara berunding dan bergaul dengan baik, seperti yang telah disebut di bawah tajuk Muafakat. al-Qur'an memberi dua lagi contoh pertelingkahan, dan cara-cara menyelesaikannya:

1. menuduh melakukan zina. Bagi tuduhan ini Allah menunjukkan cara penyelesaiannya yang berbunyi, "Dan orang-orang yang membalingkan kepada (menuduh) isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi, kecuali diri-diri mereka sendiri, maka kesaksian seorang daripada mereka ialah menyaksikan dengan Allah empat kali, bahawa dia termasuk orang-orang yang benar. Dan yang kelima, bahawa laknat Allah adalah ke atasnya, jika dia termasuk di antara pendusta-pendusta. Ia akan menghindarkannya (isteri) daripada azab, jika dia (isteri) menyaksikan dengan Allah empat kali bahawa dia (suami) adalah di antara pendusta-pendusta. Dan yang kelima, bahawa kemurkaan Allah adalah ke atasnya (isteri) jika dia (suami) termasuk orang-orang yang benar" (24:6-9).

2. kederhakaan suami atau isteri. Bagi kederhakaan suami (yang hampir tidak disebut orang mengenai kewujudannya), Allah menjelaskan dengan ayat yang berbunyi, "Jika seorang perempuan takut akan kederhakaan, atau palingan daripada suaminya, tidaklah bersalah ke atas keduanya jika mereka membetulkan di antara mereka; dan penyelesaian adalah lebih baik; dan jiwa condong kepada kehalobaan" (4:128).

Bagi isteri yang derhaka pula, tindakan yang diambil oleh suami adalah seperti pada ayat yang berbunyi, "dan mereka yang kamu takut akan menjadi derhaka, tegurkanlah mereka, dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka janganlah mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka" (4:34).

Perhatian tertumpu pada kata pukul, iaitu memukul isteri yang derhaka yang disebut di dalam ayat ini. Beberapa persoalan telah timbul. Pelbagai tafsiran telah diketengahkan. Akan tetapi, terdapat satu penjelasan yang ingin diutarakan di sini mengenai kata asal wadribu (pukul) yang terakam di dalam ayat tersebut. Sebuah terjemahan, AL-QUR’AN a contemporary translation, oleh Ahmed Ali (1984), mencatat di nota kaki (halaman 78) berbunyi antara lain ialah “wadribu , in the original, translated here ‘have intercourse’ … see Raghib, Lisan al-‘Arab and …. daraba metaphorically means to have intercourse, and quote the expression darab al-fahl an-naqah, ’the stud camel covered the she-camel,’ which is also quoted by Lisan al-‘Arab. It cannot be taken here to mean ‘to strike them (women).’"

Maka pukul di sini adalah seperti pada kata halus, bercampur, masuk, atau sentuh, bagi kata have intercourse. Lantas, isteri-isteri yang derhaka pun harus dicampuri, bukan disepak, atau ditendang, atau ditumbuk, atau dipukul dengan tuala, kain dan sebagainya.


Pendamai

Pertelingkahan suami-isteri didamaikan oleh wakil kedua-dua buah pihak sebelum berlaku perceraian. Firman-Nya, "Jika kamu takut akan perpecahan antara keduanya, bangkitkanlah seorang pendamai daripada keluarga lelaki, dan daripada keluarga perempuan, seorang pendamai. Jika mereka menghendaki untuk memperbetulkan, Allah akan menyelesaikan pertelingkahan mereka" (4:35). Dewasa ini, para peguamlah pendamai yang dianggap paling adil.

Sekiranya cara yang Allah tunjukkan diguna oleh pihak-pihak tertentu, maka wanita-wanita Islam yang dizalimi suami-suami mereka dapat dilepaskan daripada kezaliman itu dengan tanpa menunggu lama dalam penderitaan.

Nabi

Nabi juga telah mengalami krisis rumah tangga. Krisis itu, menurut al-Qur'an (66:3), berpunca dari salah seorang daripada isteri-isterinya yang membawa mulut, setelah Nabi memberitahunya sesuatu rahsia. Kemudian, dua daripada isteri-isterinya bergabung untuk menentangnya. Lantaran Allah turunkan amaran kepada mereka, dan sebahagian daripadanya berbunyi, "Mungkin, jika dia (Nabi) menceraikan kamu, Pemeliharanya (Tuhannya) akan menukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang warak, yang berpergian, yang janda, dan yang dara" (66:5). Dalam krisis seperti ini jua diingatkan-Nya tentang perceraian. Diingatkan-Nya jua tentang adanya wanita-wanita lain yang lebih baik daripada isteri-isteri Nabi.

Penceraian

Istilah talak satu, seperti yang lazim digunakan, sebenarnya bermaksud sekali cerai, kerana kata talak dalam bahasa Arab bermakna penceraian. Maka, dua kali bercerai dengan pasangan yang sama adalah talak dua. Oleh itu, lafaz talak tiga pada penceraian yang pertama adalah hanya karut.

Apabila perceraian tidak dapat dielakkan lagi, maka Allah akan memberi pertolongan kepada kedua-dua pihak. Firman-Nya, "Tetapi jika keduanya bercerai, Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing daripada keluasan-Nya" (4:130). Allah memahami.

Allah amat memahami penderitaan yang dialami, lalu direstui-Nya perceraian. Kemudian, Dia didapati pula menolong kedua-dua belah pihak. Akan tetapi, bagaimana pula dengan banyaknya kes-kes cerai yang tidak diceraikan, atau digantung sekian lama? Tidakkah difahami penderitaan yang dilalui? Tidakkah kedua-dua belah pihak perlu ditolong? Tidak, sebaliknya ada pula orang yang melafazkan cerai didenda seribu ringgit!

Penceraian yang dibenarkan adalah sebanyak dua kali. Firman-Nya, "Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian menahan dengan baik, atau melepaskan dengan baik ... Jika dia menceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain. Kemudian jika dia (suami baru) menceraikannya, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka menyangka bahawa mereka akan melakukan had-had Allah" (2:229-230). Ini kes "cina buta".

Idah

Dalam penceraian ada tempoh, atau idah (masa menanti). Syarat-syarat dalam idah telah dihuraikan Allah dengan lima ayat yang berikut:

1. "Perempuan-perempuan yang diceraikan akan menunggu sendiri selama tiga haid, dan tidaklah halal bagi mereka untuk menyembunyikan apa yang Allah menciptakan di dalam rahim mereka jika mereka mempercayai Allah dan Hari Akhir. Pada masa itu suami-suami mereka adalah lebih berhak untuk mengembalikan mereka jika mereka menghendaki untuk memperbetulkan" (2:228),

2. "Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskanlah mereka dengan baik; janganlah menahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa yang berbuat demikian itu menzalimi dirinya sendiri. Janganlah mengambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan" (2:231),

3. "Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, lalu mereka sampai tempoh mereka, janganlah menghalangi mereka daripada mengahwini suami-suami mereka, apabila mereka telah saling mempersetujui di antara mereka, dengan baik. Dengan ini ditegurkan sesiapa di antara kamu yang mempercayai Allah, dan Hari Akhir. Itu lebih suci dan lebih bersih bagi kamu; Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui" (2:232),

4. "Tempatkanlah mereka di mana kamu bertempat tinggal, menurut kemampuan kamu, dan janganlah menekan mereka untuk menyempitkan keadaan mereka. Jika mereka mempunyai kandungan, nafkahkanlah mereka sehingga mereka melahirkan kandungan mereka. Jika mereka menyusukan untuk kamu, berilah mereka upah mereka, dan bermuafakatlah di antara kamu dengan baik. Jika kamu berdua menemui kesukaran, maka perempuan yang lain akan menyusukannya" (65:6).
Saksi

4. "Kemudian, apabila mereka telah sampai tempoh mereka, tahanlah mereka dengan baik, atau berpisahlah daripada mereka dengan baik. Dan adakanlah saksi, dua orang yang mempunyai keadilan di kalangan kamu; dan lakukanlah kesaksian kepada Allah Sendiri. Dengan ini ditegurkan sesiapa yang mempercayai Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia membuatkan untuknya satu jalan keluar" (65:2).

Nabi sendiri mungkin telah menceraikan isteri-isterinya, dan beliau juga disuruh Allah agar menjagai tempoh dan syarat-syaratnya. Firman-Nya, "Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikanlah mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Janganlah mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga membiarkan mereka keluar, kecuali mereka melakukan kesumbangan yang nyata. Itulah hudud (had-had) Allah; sesiapa mencabuli hudud Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui mungkin setelah itu Allah mengadakan perkara yang baru" (65:1).

Namun, tempoh bagi perempuan yang putus haid, dan perempuan yang mengandung, adalah berbeza daripada perempuan lain. Firman-Nya, "Bagi perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada haid selanjutnya, jika kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan mereka yang tidak datang haid hingga kini. Dan mereka yang hamil, tempoh mereka ialah apabila mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan membuatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah" (65:4).

Sementara idah bagi wanita-wanita yang kematian suami ditetapkan Allah lebih lama daripada yang dikenakan ke atas wanita-wanita yang diceraikan. Firman-Nya, "Dan orang-orang di antara kamu yang mati dan meninggalkan isteri-isteri, mereka akan menunggu sendiri selama empat bulan dan sepuluh hari" (2:234).

Peruntukan

Wanita-wanita yang diceraikan diberi peruntukan, dan harta yang telah diberi kepada mereka tidak diambil balik. Ayat-ayat Allah yang berikut menjelaskannya:

1. "Tidak halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa yang kamu telah memberikan mereka (isteri) kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat melakukan had-had Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat melakukan had-had Allah, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itulah had-had Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim" (2:229).

Terdapat satu lagi ayat mengenai larangan mengambil balik harta yang telah diberi kepada isteri yang diceraikan, dan ayat itu berakhir dengan satu pertanyaan berbunyi, "Apa, adakah kamu mengambilnya dengan cara umpat, dan dosa yang nyata?" (4:20).

2. "Bagi wanita-wanita yang diceraikan, diberi peruntukan dengan baik sebagai suatu kewajipan bagi orang-orang yang bertakwa" (2:241).

Luar biasa

Al-Qur'an ada juga menyebut mengenai beberapa cara bercerai yang saya anggap luar biasa. Sememangnya ia, seperti kata-Nya, adalah sebuah kitab yang cukup jelas, atau terperinci, apabila ia turut menyebut tentang segala kemungkinan, seperti apa yang mungkin berlaku, bagi sesuatu perkara. Bagi penceraian, disebut-Nya empat, iaitu:

1. Memantangkan diri daripada menyentuh pasangan:

Ini mungkin berlaku dalam keadaan marah dan benci pada pasangan. Sekiranya sumpah itu berpanjangan, iaitu lebih daripada empat bulan, maka pasangan suami-isteri itu adalah seperti dalam keadaan bercerai. Firman-Nya, "Bagi orang-orang yang bersumpah memantangkan diri daripada perempuan-perempuan mereka, mereka menunggu empat bulan. Jika mereka kembali, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih. Tetapi jika mereka memutuskan untuk bercerai, maka sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui" (2:226-227). Pasangan bercerai setelah berpantang empat bulan.

2. Belum sentuh:

Bagi yang mungkin bercerai tanpa menyentuh pasangannya, Allah menurunkan tiga ayat yang menggariskan syarat-syaratnya.

i. "Tidak ada kesalahan ke atas kamu jika kamu menceraikan perempuan-perempuan sedang kamu belum menyentuh mereka, dan tidak juga menetapkan sebarang bahagian untuk mereka; namun demikian, buatlah peruntukan untuk mereka - orang yang mewah menurut kemampuannya, dan orang yang miskin menurut kemampuannya - satu peruntukan dengan baik; satu kewajipan bagi orang-orang yang berbuat baik" (2:236),

ii. "Dan jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, dan kamu telah pun menetapkan bagi mereka bahagian yang ditentukan, maka berilah setengah daripada apa yang kamu telah menetapkan, kecuali jika mereka memaafkan, atau dia memaafkan yang di tangannya ikatan perkahwinan; bahawa kamu memaafkan adalah lebih dekat dengan takwa. Janganlah melupakan pemberian sesama kamu. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu buat" (2:237), dan akhirnya,

iii. "... apabila kamu mengahwini perempuan-perempuan yang mukmin, dan kemudian menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, tiadalah tempoh (idah) bagi kamu untuk mengira terhadap mereka; maka buatlah peruntukan bagi mereka, dan lepaskanlah mereka dengan pelepasan yang manis" (33:49).

3. Zihar:

Seperti yang telah dimaklumkan, di bawah tajuk Bercampur, menzihar isteri bermaksud menyifatkan isteri sebagai punggung ibunya (suami) sendiri. Pada hemat saya, bahagian anggota yang disebut itu adalah suatu petunjuk bagi bahagian-bahagian sulit ibu yang lain, yang juga tidak boleh disamakan dengan isteri, atau suami. Kata-kata ini hendaklah ditarik balik.

Sekiranya kata-kata itu ditarik balik, maka Allah mengadakan tebusan sebelum pasangan itu menyentuh satu sama lain. Tebusannya ialah memerdekakan seorang hamba, atau sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka dia berpuasa dua bulan berturut-turut, atau memberi makan enam puluh orang miskin (58:3-4).

Pasangan ini berada dalam keadaan bercerai sekiranya kata-kata itu tidak ditarik balik, atau tebusannya tidak dilakukan.

4. Isteri lari:

Dengan cara automatik, apabila isteri lari kepada orang-orang yang tidak percaya (kafir kepada Allah dan Kitab-Nya), maka gugurlah "talak satu". Firman-Nya, "Dan jika seseorang daripada isteri-isteri kamu lari daripada kamu kepada orang-orang yang tidak percaya, dan kemudian kamu membalas, maka berilah orang-orang yang isteri-isteri mereka telah pergi, yang serupa dengan apa yang mereka telah menafkahkan. Dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu mukmin (mempercayai)" (60:11). Dalam kes ini, tersebut mengenai bayaran balik kepada bekas suami atas apa yang dia telah menafkahkan (membelanjakan) kepada isterinya.

Kematian

Perpisahan yang paling menyedihkan, atau tahap stress yang tertinggi sekali, ialah apabila teman hidup meninggal dunia. Berpisahlah pasangan suami-isteri itu buat sementara waktu, menunggu Akhirat, di mana mereka akan bersatu semula selama-lamanya. Isteri yang kematian suaminya ditinggalkan peruntukan untuk setahun, dan peruntukan ini ditulis di dalam wasiat suami. Perintah Allah mengenai ini berbunyi, "Dan orang-orang di antara kamu yang mati dan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka membuat wasiat untuk isteri-isteri mereka, peruntukan untuk setahun tanpa mengeluarkannya; tetapi jika mereka keluar, maka tidaklah bersalah ke atas kamu mengenai apa yang mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik" (2:240).

Baik

Sememangnyalah, orang-orang yang takut kepada Allah akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi orang-orang salih, atau orang-orang yang baik. Mengenai wanita-wanita yang disifatkan baik, Allah telah menjelaskannya dengan ayat berbunyi, "Wanita-wanita yang salih (baik) ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya" (4:34).

Allah seterusnya menyebut di dalam al-Qur'an mengenai sifat-sifat wanita yang baik, yang antaranya, adalah yang muslim, mukmin, benar, sabar, merendah hati, bersedekah, berpuasa, mengingat Allah dengan banyak, menyuruh yang baik, melarang yang mungkar, melakukan solat, memberi zakat, atau yang membuat kerja-kerja kebaikan. Wanita-wanita ini tentu menemui kebahagian.

Dituduh

Tersebut juga di dalam al-Qur’an mengenai wanita-wanita yang sudah berkahwin, lagi baik, atau yang mukmin, tetapi kerana kelalaian mereka, mereka dituduh yang bukan-bukan dan menjadi bahan tomahan orang lain. Orang-orang yang melakukan kejahatan terhadap wanita-wanita tersebut dilaknati di dunia dan di akhirat. Firman-Nya, "Sesungguhnya orang-orang yang membalingkannya (menuduh) kepada wanita-wanita yang berkahwin, yang lalai, tetapi mukmin, akan dilaknati di dunia dan di akhirat; dan bagi mereka, azab yang besar” (24:23).

Amaran daripada Allah yang seterusnya mengenai perbuatan memburuk-burukkan wanita yang baik berbunyi, “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, tanpa apa yang mereka mengusahakan, mereka memikul pengumpatan dan dosa yang nyata” (33:58). Begitulah kedudukan orang-orang yang baik di sisi Allah.

Akhirat

Kebahagian hidup bersama antara suami dan isteri di dunia ini akan disambung semula pada Hari Akhirat, di mana mereka akan bersatu sekali lagi, untuk duduk kekal dalam kebahagian. Inilah idaman yang sebenarnya bagi suami dan isteri, iaitu kebahagian bersama di dunia dan di akhirat. Allah menyebut mengenai kebahagian mereka di syurga di dalam beberapa ayat al-Qur'an, dan antaranya berbunyi, "Sesungguhnya orang-orang Jannah (syurga) pada hari ini sibuk dalam kegembiraan mereka. Mereka dan isteri-isteri mereka bersandar di atas sofa di tempat teduh. Bagi mereka di dalamnya buah-buahan, dan bagi mereka apa yang mereka minta. “Salam” ialah perkataan daripada Pemelihara (Tuhan) yang Pengasih" (36:55-58).

Sepertimana syurga itu kekal bagi orang-orang yang baik, begitulah juga dengan neraka bagi orang-orang yang jahat. Mereka yang dimasukkan ke dalam neraka tidak dikeluarkan darinya, walaupun mereka melafazkan persaksian terhadap Allah dan Rasul semasa mereka hidup di dunia untuk menunjukkan keislaman mereka. Lafaz sahaja tidak mencukupi. Syurga tidak semurah itu.

Doa

Kebahagian hanya datang daripada Allah, maka mohonlah kepada-Nya. Allah Yang Pemurah, dan Yang Pengasih, telah mengajar suami dan isteri sebuah doa untuk kebahagian mereka sekeluarga, dan untuk mereka mendahului dalam ketakwaan, berbunyi "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri (atau, suami) kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami ketua bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan)" (25:74). Mudah-mudahan dengannya, dan dengan usaha yang ikhlas lagi bersungguh-sungguh dalam mentakuti-Nya, para wanita, yang di dalam Islam sebenar, berbahagia hidup di dunia dan di akhirat.


Azab Allah Akibat Meringankan Mandi Junub
Posted on February 21, 2012

Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.

Selepas di Kafan dan di sembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya.

Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu. Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat dikebumikan.

Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tetapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.

Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama binatang misteri itu. Setelah siap di gali dan para jemaah pun mengangkat jenazah kearah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka apabila di dapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu.

Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut. Sebaik saja tanah di timbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu. Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah di lakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan “mandi hadas” setiap kali selepas melakukan persetubuhan.

Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka.

Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah bahawa azabnya amatlah pedih bermula dari alam kubur lagi.




-sekadar gambar hiasan-




Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.


Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.




Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.




Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).


Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .


Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.




Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).




Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu.




MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).




Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu …


Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya.




Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah.




Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..

LUAHAN HATI BERSAMA TOPIK " MENUTUP AURAT"... PERBEZAAN 'BERTUDUNG' DAN 'MENUTUP AURAT'...



Assalamualaikum .

Buat sahabat saya yang dihormati semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah, saya sihat.

Bagi membuktikan kepatuhan kita pada Allah iaitulah pencipta sekalian makhluk ini, maka kita mesti tunduk atau patuh segala arahannya dan meninggalkan segala larangannya. Salah satu arahannya kepada kita adalah memelihara aurat! Bagi lelaki dan bagi wanita, Islam telah menerangkan aurat yang khusus untuk mereka.

Mengikut cakap awak(kamu), bahawa satu tika dahulu awak ini selalu buka tudung. Betul? Ok... Saya tidak marah awak. Cuma saya takut Allah marah awak. Begini wahai sahabat saya... di sana terdapat perbezaan di antara "bertudung" dan "menutup aurat". Islam menggalakkan /mewajibkan kita menutup aurat dan bukan bertudung. Kerana tidak semua orang yang bertudung itu menutup aurat atau ada yang bertudung tetapi auratnya masih tak sempurna dijaga. Awak kena faham perkara ini elok-elok(baik-baik)...

Yang penting menutup aurat. Biarlah bertudung pendek, bulat, jubah dan sebagainya asalkan semua itu menutup aurat. Bukan makna mereka (kaum wanita) yang berpakaian yang menutup muka itu melambangkan kuatnya Iman. Tak! Itu salah. Yang membezakan di antara seseorang insan dengan insan yang lain adalah kekuatan "taqwa" sahaja. Cuma pandangan di dunia ini sahaja yang mengatakan bahwa 'mereka berpakaian yang menutup muka' itu melambangkan mereka golongan yang alim atau warak. Tapi, tak mustahil kan jika kita berjumpa mereka yang berpakaian yang menutup muka ada yang alim dan warak. Sunnah kehidupan.....

Oh ya! Awak sebagai wanita yang mengaku beragama Islam mesti kena jaga aurat awak. Peliharalah "menutup aurat" atau bertudung yang menutup aurat dengan sesempurna yang mampu dan boleh. Biarlah pada peringkat awal kita mendalami Islam ini, kita merasakan ianya seolah-olah satu penyeksaan tetapi lambat laun nanti akan datang juga kepada awak kemanisan Iman ini... Insya Allah, awak akan menjadi Sri Kandi Islam yang agung kelak! Percayalah... Jangan sesekali membuka "aurat" pada tempat atau pada orang yang memang tak layak atau "haram" untuk melihat aurat awak itu. Nak(mahu) menunjuk rambut yang lawa atau cantik pada orang? Itu satu jawapan yang meleset untuk jangka masa yang panjang. Di dunia rambut kita menjadi pujian manusia. Tetapi di akhirat esok, wanita yang tak menutup auratnya maka akan menerima pembalasan yang setimpal. Dibakar rambutnya! Begitu azab sekali seksaan Allah.

Allah tak zalim tetapi kita yang melakukan kezaliman kepada Allah. Awak faham kan... Bila buka tudung/dedah aurat sebenarnya kita ingin menunjukkan rupa paras yang cantik atau 'cun gila' kata orang? Subhanallah... adakah ini jawapan yang baik untuk seseorang Wanita Muslimah? Wanita berhias, bercantik, bersolek tak dimarahi oleh Islam.. tapi perlu sesuai dengan tempat dan masa. Bersolek untuk menunjuk-nunjuk pada orang yang mahram (boleh dikahwini)tak elok. Bercantik-cantik untuk tunjuk pada orang yang mahram?(boleh dikahwini) tak elok. Contoh tempat yang dibolehkan ialah berhias/bersolek /bercantik untuk seseorang ialah kepada suami tercinta di rumah... Itu satu contoh yang mudah.

Untuk menghapuskan dosa awak yang telah lalu ialah dengan cara Bertaubat. Saya telah menerangkan sedikit sebanyak tentang bertaubat dalam emel lepas. Jika, benar-benar awak bertaubat dengan taubat "nasuha" iaitu taubat yang suci murni tulus ikhlas pada Allah, Insya Allah tanda-tanda keikhlasan taubat awak itu akan kelihatan selepas itu. Awak akan berasa takut untuk membuat dosa. Awak akan rasa sensitif sekali untuk mengulangi dosa yang lalu. Awak tentu akan rasa selesa sekali pabila yakin yang dosa awak akan diampunkan Allah kan? Oleh itu bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat kepada Nya.

Lelaki dan perempuan masing-masing menjadi ujian buat sesama jantina atau berlawanan jantina. Awak menjadi salah satu ujian Allah buat saya dan saya menjadi salah satu ujian Allah buat awak. Yang penting ujian ini perlu ditelusuri/dilalui dengan sebaik-baiknya.

Saya juga berharap "persahabatan" ini akan berlansung dalam suasana yang sederhana dan tidak ada yang berlebih-lebihan dalam persahabatan ini. Islam menggalakkan kita agar besederhana. Awak mesti ingat, bahwa kekasih sejati yang sesekali tak menipu dan tak ambil kesempatan di atas kelemahan kekasihnya adalah Allah.

Bercintalah dengan Allah seperti Rabiatul Adawiyah. Sebelum menjadi salah seorang hamba Allah yang warak dan alim, beliau(Rabiatul Adawiyah) merupakan penari gelek. Semua orang tahu kisah hidupnya. Tetapi, siapa sangka selepas itu beliau bertaubat dan terus beribadat kepada Allah dan kehidupannya yang baru jauh berbeza dengan kehidupannya yang lama. Dahulu penari gelek tetapi sekarang hamba Allah yang kuat Taqwanya. Sehingga sekarang namanya disebut sebagai lambang wanita yang kuat taqwanya pada Allah. Dan kisah buruknya yang lalu tenggelam ke dasar bumi. Suburlah bumi selepas itu dengan kisah hidupnya yang penuh keindahan itu. Saya harap awak dapat meniru rentak Rabiatul Adawiyah. Boleh tak? Biarlah yang lalu terus berlalu dibawa angin lalu. Yang penting awak sekarang ingin kembali kepada cinta hakiki iaitu cinta murni buat Allah yang Maha Esa.........


*saya berdoa agar Allah membantu sahabat dalam segala tindak tanduk dan geri ketika menelusuri kehidupan dunia yang beronak duri ini
*yakinlah awak boleh! Boleh!

Wassalam..


*** asal artikel ini adalah ulasan kepada kisah hidup seorang sahabat kita yang masih mencari hidayat di atas muka bumi Allah ini... kehidupannya yang lampau(lalu) telah menguji imannya.. maka, tidak mustahil ujian itu akan datang kepada kita atau saudara-saudara kita pada masa akan datang... maka berhati-hatilah dari sekarang dengan mengingati Allah selalu..

Wanita Dicintai IBLIS!


Wanita Yang Derhaka Kepada Allah

Wanita atau isteri yang tidak mengenali rasa cinta sedikitpun kepada Allah, dalam erti jauh daripada beribadat kepada Allah, tidak pernah sujud dan rukuk, jarang berbuat amal soleh, merupakan sebab-sebab mereka derhaka kepada Allah. Dengan jauhnya mereka daripada mengenali Allah, maka kehidupan mereka semakin dekat dengan maksiat, seterusnya dikawal sepenuhnya oleh iblis laknatullah.Inilah gambaran wanita atau isteri yang akhirnya dicintai Iblis, kerana telah mematuhi sepenuhnya arahan iblis agar berbuat kerosakan di muka bumi. Tidak hairan apabila gambaran rumah tangga suami isteri yang telah dicintai iblis merupakan gambaran rumah tangga yang penuh kehancuran, porak-peranda, bagaikan di dalam neraka.

Photobucket



1. Tidak Mengenal Allah

Untuk mengenal Allah, kita perlukan ilmu. Untuk mendapat ilmu, perlu belajar. Jika tidak mahu berusaha belajar tentang ilmu mengenal Allah, tidak mungkin seseorang itu dapat mencintai-Nya dengan sepenuh hati. Ia kerana bermula dari kenal itu baru datangnya cinta. Apabila kita sudah tidak mengenali Allah, bererti mudahlah bagi iblis untuk menghancurkan kita, seterusnya mengawal kehidupan kita. Sehingga kita melakukan sebarang perbuatan semata-mata kerana kehendak iblis dan mengharapkan habuan dari iblis.

2. Cinta dunia, takut mati

Cinta kepada nikmat kehidupan di dunia membawa kepada takut menghadapi mati. Tidak sanggup berpisah dengan nikmat yang dikecapi dan takut berhadapan dengan Allah lantaran sering mengabaikan aturan-Nya dalam kesibukan mengejar nikmat dunia. Cinta dunia dan takut mati ini, dengan sendirinya membuat seseorang itu sukar untuk mencintai Allah, malah merasa tidak perlu mencintai-Nya. Dia merasa boleh hidup tanpa Allah dan tanpa cinta-Nya. Suami sudah merasa ‘bahagia’ dapat memberi segala yang dimahukan oleh isteri. Isteri sudah merasa ‘bahagia’ mendapat apa yang dimahukan dari suami. Tidak salah mencari nimat dunia tetapi nikmat itu seharusnya mengingatkan kita kepada Pencipta nikmat dan nikmat itu seharusnya digunakan untuk memperolehi cinta-Nya.

3. Hati yang Kotor

Hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan ‘najis’ sifat-sifat keji seperti pemarah, pendendam, hasad dengki, penakut dan tamak, akan disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari nafsu dan syaitan. Hati begini tidak menyediakan ruang untuk diletakkan rasa cinta kepada Allah. Hati perlu dibersihkan dan dihiasi sifat-sifat terpuji seperti sabar, redha, merendah diri, berani, pemaaf dan mencukupi dengan paa yang ada. Hanya hati yang bersih dapat menjadi wadah untuk menampung cinta yang suci dan agung.

Tetapi bila hati kotor dan penuh hasad dengki, pendedndam, tamak dan disibukkan melayan bisikan jahat, itulah ertinya hati telah dikawal sepenuhnya oleh iblis.

4. Melakukan Dosa

Jika seseorang itu tidak bertaubat dari dosa-dosa, atau terlalu banyak berbuat dosa hingga tidak lagi rasa berdosa, hatinya akan terdinding dari petunjuk Allah dan terhalang dari mencintai-Nya serta mendapat cinta-Nya. Sentiasa bertaubat dari dosa-dosa adalah antara syart untuk membina dan menyuburkan rasa cinta kepada Allah.

5. Tidak Mahu Berdoa

Berdoa adalah gambaran rasa lemah, hina dan jahil seorang hamba di depan Allah. Melalui doa, seorang hamba merendahkan diri memohon segala yang dihajati dan menjadi penyebab Allah sempurnakan hajat si hamba. Hamba yang memohon petunjuk akan diberi petunjuk. Hamba yang memohon kekuatan akan diberi kekuatan. Begitulah juga hamba yang memohon untuk mencinta-Nya, akan dipermudahkan menempuh jalan-jalan ke arah itu.

WANITA YANG PENDENDAM

1. Pengertian dendam

Dendam ialah apabila hati seseorang itu merasa sangat berat terhadap seseorang lain seperti membencinya, menjauhi diri darinya, dan sifat itu akan kekal bersemadi di dalam hati orang itu dan tidak padam-padam.

2. Keburukan-keburukan Dendam

Dengan itu jelaslah bahawa sifat dendam itu berpunca dari sifat marah yang tidak dikekang atau diredhakan dengan segera. Sifat dendam ini akan menimbulkan berbagai perkara mungkar antaranya:

Perasaan hasad atau dengki dalam diri, sehingga pendengki itu merasakan tidak senang bila melihat seseorang berada di dalam kenikmatan, lalu ia mengharapkan terhapusnya nikmat itu daripada orang itu. Dengan makna yang lain seorang yang menyimpan perasaan hasad tidak suka melihat orang yang didengkinya itu hidup senang lenang, sebaliknya merasa gembira apabila orang yang didengkinya itu ditimpa kesusahan. Kelakuan ini adalah contoh dari kelakuan orang-orang munafik.

Pendengki itu bukan saja menyimpan perasaan hasad dengki dalam dirinya, malah ia merasakan senang sekali apabila orang yang didengkinya itu ditimpa sesuatu kecelakaan atau bencana.

Pendengki akan menjauhi dan memutuskan perhubungan dengan orang yang didengkinya; tidak mahu bergaul dengannya.

Pendengki akan mengucapkan kata-kata yang tidak patut terhadap orang yang didengkinya, iaitu samada berbohong, mengumpat, mendedahkan rahsia lawanya, mengejek, menjatuhkan kehormatan dan sebagainya.

Pendengki akan menganiaya lawannya, samada dengan memukulnya atau sebagainya.

Pendengki akan menahan hak milik orang yang didengkinya, seperti menahan hutang yang patut dibaya, enggan mengembalikan amanah yang diserahkan kepadanya dan sebagainya. Sesungguhnya perbuatan seperti di atas itu adalah haram dilakukan dan ianya merupakan perbuatan iblis terkutuk.

3. Orang Pendendam Menjadi Rakan Iblis

Sekiranya orang yang berdendam itu dapat menguasai dirinya dari perbuatan-perbuatan buruk yang disebutkan di atas, tetapi masih memiliki perangai yang tidak baik seperti sengaja tidak mahu bermuka manis terhadap orang yang didendamnya itu, tidak belas kasihan terhadapnya, tidak mengambil berat terhadap dirinya dengan menunaikan segala keperluannya, tidak bersedia membantu pada perkara yang memberi kebaikan kepada orang itu, maka itu menandakan sifat dendamnya masih ada. Semua perkara yang disebutkan itu akan menjatuhkan darjat seseorang dan akan melenyapkan pahala yang banyak, seterusnya ia menjadi rakan-rakan iblis.

Pernah berlaku, apabila Saidina Abu Baka As-Siddiq r.a bersumpah tidak akan memberikan bantuan (harta) kepada Misthah yang masih tergolong kerabatnya, kerana suatu penganiayaan yang dilakukan oleh Misthah, maka Allah menurunkan ayat-Nya yang bermaksud:

“Janganlah sampai bersumpah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kekayaan di antara kamu, kerabat, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, tetapi hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, tidakkah kamu suka, Allah Maha Pengampun dan Penyayang,”

(An-Nur: 22)

Sebaik sahaja firman itu disampaikan kepada Saidina Abu Bakar, maka beliaupun akur dan redha dengan pengampunan Allah itu. Lalu beliaupun kembali menyambung semula bantuannya terhadap Misthah, meskipun Misthah telah melakukan penganiayaan terhadap beliau.

Ayat di atas memberikan pengajaran kepada kita supaya jangan menaruh dendam, yang perlu hendaklah berlapang dada dan suka memaafkan. Teruskanlah melakukan kebaikan sekalipun mendapat penganiayaan. Bahkan kalau boleh tambahkanlah kebaikan dari kebiasaan yang dilakukan, sebagai suatu cara untuk menundukkan hawa nafsu dan mengecewakan hasutan syaitan. Bilamana seseorang itu dapat melakukan seumpama itu, maka ia mencapai kedudukan dan darjat para siddiqin.

4. Dendam Perbuatan Haram

Nyatalah dari penjelasan di atas bahawa sifat dendam itu tidak dibenarkan dalam Islam. Mengenainya Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang mukmin itu bukanlah seorang yang pendendam.”

Walau bagaimanapun untuk memberikan penjelasan yang lebih mengenai sifat hasad, maka Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Tiada hasad (dibenarkan berhasad) kecuali dalam dua perkara sahaja, iaitu seseorang yang dikurniakan Allah harta yang banyak, lalu ia menaburkan harta itu pada perkara yang haq/benar, sehinggalah hartanya habis. Dan seorang lagi dikurniakan Allah ilmu, lalu ia mengamalkan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang ramai.”

Apa yang dapat disimpulkan dari maksud hadis di atas bahawa tidaklah dilarang kiranya lelaki mahupun wanita itu mengharap-harapkan sesuatu nikmat yang sama, yang ada pada orang lain untuk dirinya. Maka selagi ia menginginkan nikmat yang sama untuk dirinya dan tidak pula ia mengharapkan lenyapnya nikmat itu dari orang lain, ataupun ia tidak akan membenci kalau orang itu dapat mengecap nikmat itu terus-menerus, maka cita-citanya itu tidaklah dihukum haram, malah ada kalanya dituntut oleh syariat. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan dalam (mencari kelebihan) itu, maka hendaklah berlumba-lumba orang yang ingin perlumbaan.”

(Al-Muthaffifin: 26)

Menderhaka Kepada Ibu Bapa

WANITA yang derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam senarai mereka yang dicintai iblis. Oleh kerana ibu telah melahirkan kita, sehinggakan Allah menyebutkan bahawa redha Allah tergantung kepada redha ibu bapa. Allah SWT telah berfirman yang maksudnya:

“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadahselain kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapamu. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanyasampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Ya Rabbi, kasihanilah mereka kedua-duanya, sebagaimana mereka berdua telah menyantuni aku waktu kecil.”

(Al’Israk: 23-24)

Allah memerintahkan agar manusia berbakti kepada kedua ibu bapa mereka dan mentaati mereka. Bagi wanita ketaatan merekasebelum mereka berkahwin adalah kepada kedua ibu-bapa mereka dan selepas berkahwin, kepada suami mereka. Menyakiti hati kedua mereka adalah merupakan dosa yang amat besar.

1. Meninggikan Suara Di Hadapan Ibu Bapa

Ismail Ibnu Umayyah telah berkata: Seorang lelaki meminta nasihat:

Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat.” Rasul menjawab: “Janganlah engkau menyengutukan Allah dengan sesuatupun, sekalipun engkau dibakar atau dibelah dua. Ia berkata: “WahaiRasulullah, tambahkanlah.” Rasulullah menjawab: “Berbaktilah kepada kedua ibu-bapamu, jangan sekali-kali engkau meninggikan suara di hadapannya. Jika keduanya memerintahkan engkau untuk mengeluarkan hartamu, maka keluarkanlah bagi keduanya.”

Lelaki itu meminta kembali: “Wahai Rasulullah, tambah lagiselain itu.” Rasulullah menjawab, “Jangan engkau meminum khamar (arak), sebab khamar itu adalah kunci segala kejahatan.”Lelaki itu meminta kembali, “Wahai Rasulullah, tambahkanlah untukku selain itu.” Rasulullah menjawab, “Didiklah keluargamu dan berilah mereka nafkah sesuai dengan kemampuanmu, dan janganlah engkau mengangkat tongkat (lisan) mu namun berbuatlah agar mereka takut kepada Allah.”

(HR Imam Ibnu Majah)

2. Mengherdik Ibu Bapa

Mengherdik ibu bapa bererti telah berbuat derhaka kepada mereka, apalagi menganiaya mereka dengan cara melukai tubuh badan mereka. Perbuatan ini merupakan kebiadaban seorang anak yang tidak tahu berterima kasih kepada ibu bapa. Walaupun anak perempuan tidak lagi bertanggungjawab terhadap ibu bapanya sesudah berkahwin, namun tidak putus hubungan seorang perempuan dengan ibu bapanya. Cuma tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya tidaklah menjadi wajib seperti mana anak lelaki. Tetapi perhubungan ibu dengan anak tetap berjalan terus, sehingga tiada alasan bagi seorang anak perempuan untuk mengherdik ibu bapanya.

3. Memutuskan Hubungan Dengan Ibu Bapa

Oleh kerana mengherdik ibu bapa sudah termasuk perbuatan dosa besar, apalagi memutuskan hubungan dengan mereka. Ianya merupakan perbuatan seperti mana yang diumpamakan dalam sebuah peribahasa, “kacang lupakan kulitnya.”

Islam melarang memutuskan tali silaturrahim apalagi dengan ibu bapa. Kalau seorang anak perempuan memutuskan perhubungan dengan ibu bapanya, suaminya yang akan menanggung dosa sekiranya dilakukan dengan perintah suami.

4. Melupakan Jasa-jasa Ibu Bapa

Ibu telah melahirkan dalam keadaan yang payah dan sukar, manakala bapa pula bertungkus lumus dari pagi hingga petang mencari nafkah demi anak-anak. Memandangkan kepada jasa-jasa yang sedemikian hebatnya, adalah tidak wajar apabila sang anak melupakan jasa-jasa tersebut.

Merupakan kewajipan anak untuk mengetahui akan hak dan jasa baik ibu bapanya. Ia tidak boleh melakukan perbuatan yang menyebabkan ibu bapanya marah atau murka kepadanya, ia tidak boleh berdusta atau berbohong kepada kedua-duanya. Antara kewajipannya ke atas ibu bapanya adalah:

Berbuat baik dan berlemah-lembut terhadap mereka.

Mentaati perintah kedua-duanya selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah.

Melihat wajah mereka dengan kasih sayang merupakan ibadah.

Mendoakan mereka berdua dengan doa yang baik.

Menjaga hati mereka berdua dan menggembirakan mereka.

Menjalinkan silaturrahim dengan sahabat-sahabat mereka.

Menziarahi kubur ibu bapa jika mereka telah meninggal dunia

LARANGAN DERHAKA KEPADA IBU BAPA

Islam sangat melarang perbuatan derhaka kepada ibu bapa. Adapun hikmah daripada berbuat baik kepada ibu bapa adalah sebagaimana dikisahkan berikut ini. Nabi Sulaiman a.s. adalah seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.

Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, “Kubah apakah gerangan ini?” Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.

“Siapakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?” Tanya Nabi Sulaiman kehairanan. “Aku adalah manusia.” Jawab pemuda itu perlahan. “Bagaiman engkau boleh memperolehi karamah semacam ini?” Tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karamah dari Allah sehingga boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit. “Setelah ibuku wafat aku berjalan-jalan di pantai. Dalam perjalanan, aku melihat sebuah kubah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya.” Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu. “Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?” Tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut. “Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah.” “Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?” “Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu.” “Bagaimana engkau mengetahui perbezaan siang dan malam?” Tanya Nabi Sulaiman a.s. yang merasa semakin hairan. “Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam.” Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah karamah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

Derhaka Kepada Suami

PERKAHWINAN di dalam Islam adalah suatu aqad yang mulia antara lelaki dan wanita. Ia menghalalkan setiap keduanya untukyang lain. Dengan itu mereka akan saling mengasihi, tolong menolong, bergabung dan bertolak ansur. Al-Quran telah menggambarkan hubungan ini dengan suatu gambaran yang menarik yang bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Diamenciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dandijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

(Ar-Rum: 21)

Diantara tanda Islam memuliakan wanita ialah, Islam memberikannya hak memilih suami. Ibu dan bapa tiada hak memaksa anakperempuan mereka mengahwini lelaki yang tidak diingininya. Wanita Islam tidak mengabaikan hak ini tetapi mereka meminta nasihat daripada ibu bapa mereka kerana pengalaman mereka yang luas. Islam memberikan hak ini untuk menjamin kebahagiaan sesuatu perkahwinan di mana ia diasaskan daripada kesesuaian pasangan pada perasaan, adat, keinginan dan matlamat. Apabila wujud kepincangan, kehidupan suami dan isteri tidak berjalan dengan baik. Setengah wanita sukar memberikan cintanya dengan tulus dan boleh mengakibatkan penderhakaan pada suami yang tidak dicintainya. Dalam hal ini, dia berhak menuntut talak.

Wanita Islam yang sedar dengan petunjuk agamanya, akan memilih suami bukan hanya berdasarkan paras rupa, tetapi yang penting dilihat ialah akhlaknya. Mereka tidak akan tergoda dengan lelaki yang leka, lemah dan lesu. Wanita mukmin hanya tertarik dengan lelaki mukmin yang bersungguh-sungguh, sedar, bersih hatinya dan terbuka pemikirannya. Benarlah firman Allah yang bermaksud:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yangkeji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuklelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula…)”

(An-Nur: 26)

Ini bukanlah bermakna wanita Islam mengabaikan sudut kecantikan rupa, paras yang indah, lalu dia redha dengan yang burukdan hodoh rupa parasnya. Dia berhak memilih sebagaimana yang menguasai jiwanya, diredhai oleh perasaan dan hatinya.

ISTERI YANG MENOLAK PANGGILAN SUAMI

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia makadia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatandirinya.” Wanita Islam yang bijaksana sentiasa mahu mencari keredhaan Allah dengan taat kepada suaminya dalam perkara yang bukan maksiat, berbakti untuk suaminya dan sentiasa berusaha untuk menggembirakan suaminya. Dia akan redha dengan kesusahan atau font kesempitan hidupnya, sebagaimana yang telah dicatatkan dalam sejarah Islam unggulnya peribadi Fatimah r.a.

Wanita Islam yang benar, rela berkhidmat di rumah untuk suaminya dan dia tahu hak suami ke atasnya. Sesungguhnya ia adalah hak yang amat besar sebagaimana sabda Rasulullah:

“Kalaulah aku mahu memerintahkan seseorang sujud kepadaseseorang yang lain, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya.”

(Hadith Hassan Sahih riwayat Tarmidzi)

Ketaatan adalah satu penyebab bagi wanita ke syurga sebagaimana sabda Rasulullah:

“Apabila wanita itu telah melakukan solat lima waktu, puasapada bulannya, taat kepada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepada dia: Masuklah kamu ke dalam syurga daripadamana-mana pintu yang kamu sukai.”

(Riwayat Ibn Majah)

Disamping itu, Islam juga mengancam dengan dosa kemurkaan dan laknat kepada wanita yang berpaling daripada peringatan ini:

“Apabila seseorang lelaki memanggil isterinya ke katilnyatetapi dia enggan mendatanginya, lalu suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya nescaya malaikat akan melaknatnya sehinggawaktu subuh (pagi).”

(Sahih Muslim)

MENDEDAHKAN AURAT

Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman, maksudnya:

“Hiduplah dengan apa yang engkau suka.”

Allah melaknat wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yangmendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang jahat.

TIDAK REDHA DENGAN PEMBERIAN SUAMI

Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah dan rasul-Nya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama kerana merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di Barat. Ini semua bukanlah salah mereka, tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerahkan dengan tugas kenabian. Memberi harapan dan bimbingan kepada manusia.

Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebencian-Nya supaya kita terhindar dari kemurkaan-Nya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dasyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, “semoga engkaumendapat kutukan Allah” maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke tujuh dan mengutuk pula segala sesuatu yangdicipta oleh Allah kecuali dua jenis makhluk iaitu manusia dan jin.”

Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanjaatau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dansunatnya.”

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Kalau seandainya apa yang ada di bumi ini merupakan emas danperak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, “engkauini siapa? Semua harta ini milikku dan engkau tidak punya harta apa pun.” Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.”

Nabi SAW adalah seorang yang sangat kasih pada umatnya dan terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azhab Allah. Baginda menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan dan tekanan. Begitu juga air mata dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh umat baginda.

MENYAKITI HATI SUAMI

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

“Saya bersama Faimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kamitemui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada baginda, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab,”Pada malam aku di Irak dan dimikrajkan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan. Maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda:

Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang mendidih dari nerakadituangkan ke dalam kerongkongnya.

Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ulardan kala jengking.

Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

Wanita yang bermuka hitam dan memakan usus perutnya sendiri.

Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut)dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku, ceritakanlahkepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.” Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Fatimah, adapuntentang:

Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (tidak bertudung) di hadapan lelaki.

Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian Nabi SAW bersabda:

“Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melaluikata-katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya di belakanglehernya.”

Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajibdari haidh dan nifas.

Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suku membicarakankeaiban orang.

Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal)dikalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihatperhiasannya.

Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking keranadia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu domba(melaga-lagakan orang) serta berdusta.

Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

MENGEJEK DAN MENGUTUK SUAMI

Ada juga diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik di zaman itu. Diantara sifat buruk mereka:

Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya.

Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau tidak mahu berubah, maka kita khuatir jika kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah.

MEMBENCI POLIGAMI

Poligami sememangnya boleh menimbulkan kontroversi yang hebat seandainya tidak ditangani dengan berkesan. Justeru, dalam mengatasi permasalahan ini, kebijaksanaan para suami memainkan faktor penting dalam melayari kebahagiaan rumah tangga yang dibina.

“Sememangnya Islam membolehkan poligami. Hal ini dijelaskanoleh Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat tiga yang bermaksud, “Kahwinilah wanita-wanita di kalangan kamu dua, tiga atau empat,tetapi sekiranya kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka cukuplah dengan satu.”

Jadi dari situ kita lihat terdapat keharusan untuk berpoligami bagi kaum lelaki. Sungguhpun dibolehkan ia tidaklah dibuka dengan seluas-luasnya. Dibolehkan itu pula bergantung kepada sebab-sebab tertentu misalnya masalah isteri mandul, isteri gagal berfungsi dengan sempurna untuk melayan suami, suami ingin mendapat lebih ramai anak, ataupun suami sendiri mempunyai keinginan nafsu yang berlipat ganda sehingga kalaulah dengan seorang isteri itu boleh membawa dirinya ke arah penzinaan maka di situ ada keharusannya.

Bagaimanapun dalam berpoligami ini dituntut keadilan. Keadilan yang dimaksudkan ialah keadilan dari sudut zahiriah dan batiniah. Bagaimanapun keadilan dari segi perasaan tidak diambil kira. Ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah SAW yang menyebut, “bahawa memang kamu tidak boleh berlaku adil dalam masalahmembahagi kasih sayang, walaupun kamu mencuba sedaya upaya kamu.”Maklumlah masalah hati dan perasaan ini sememangnya suatu perkara yang sukar untuk ditangani. Namun demikian Rasulullah SAW mengingatkan agar dicuba seboleh mungkin untuk menampakkan keadilan.

Justeru dalam masalah poligami ini, walaupun ianya hak kaum lelaki namun ia bukanlah hak mutlak mereka kerana sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi sehinggalah ke hari ini, sekiranya dengan perlaksanaan poligami itu boleh menimbulkan kekecohan dalam rumah tangga atau menyebabkan anak-anak terbiar misalnya, maka dengan sendirinya keharusan itu terbatal. Kalaulah si suami benar-benar ingin berpoligami maka ia perlu mencari jalan yang boleh mengawal isteri-isteri dan anak-anak.

Malangnya, apa yang berlaku hari ini, ramai suami yang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan adil terhadap isteri-isteri mereka. Walaupun dibenarkan suami bernikah di luar pengetahuan isteri pertama, dimana suami boleh bertindak merahsiakan pernikahannya. Namun demi menjaga kerukunan rumah tangga adalah lebih baik sekiranya isteri mengetahui tindakan suami kerana mereka juga sebenarnya mempunyai hak terhadap suami.

Cuba bayangkan perasaan seorang isteri apabila mengetahui wujudnya orang ketiga setelah sekian lama dirahsiakan. Tentulah lain jadinya berbanding jika si isteri diberitahu sendiri oleh suaminya, maka sudah tentu dia lebih bersedia walaupun pada peringkat awalnya agak sukar menerima keadaan. Isu isteri mengamuk atau tidak membenarkan ini sebenarnya bergantung kepada kebijaksanaan suami. Jika dia bijak berkomunikasi dengan isteri, sudah tentu pihak isteri akan berlembut. Tetapi bila isteri menolak dan membenci poligami, ianya bermakna isteri derhaka kepada suami dan menolak hukum Allah.

Sebenarnya jika pihak suami ikhlas dan bijak menangani keadaan, si isteri bukan sahaja memberi kebenaran untuk suami bernikah tetapi sanggup pula mencarikan calonnya. Namun apa yang berlaku kini sehinggakan isteri membantah keputusan suami untuk berpoligami ialah sikap suami yang cuba melarikan diri daripada tekanan hidupnya dan seolah-olah ingin mencari keseronokan lain.

Wanita yang dimadukan ini pula perlu mengetahui hak mereka. Dalam Islam, wanita yang dirinya diabaikan boleh membuat aduan kepada pihak yang berwajib, seperti mahkamah syariah atau qadhi, untuk menuntut keadilan dari segi nafkah, giliran dan segala yang berkaitan dengan haknya. Pihak isteri, tidak kira isteri keberapa, sekiranya menghadapi masalah perlu cepat membuat aduan berdasarkan saluran yang sah dan bukannya menceritakan kepada jiran atau pihak lain kerana ini bukan sahaja tidak dapat membantu menyelesaikan masalah bahkan memburukkan lagi keadaan. Jika isteri tidak pernah mengetahui haknya sebelum ini maka segeralah berjumpa pihak qadhi atau lain-lain yang berpengetahuan untuk bertindak. Ambil tindakan yang bijak dan bukannya dengan jalan yang tidak rasional.

Sekiranya setelah pengaduan dibuat, tetapi masih tidak mendapat perhatian daripada pihak suami maka wanita yang dizalimi ini boleh mengambil jalan keluar yang terakhir iaitu memohon fasakh atau tebus talak di mahkamah. Justeru itu pihak suami yang ingin melaksanakan poligami perlu menambah ilmu dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Fahami selok belok berpoligami seperti yang diamalkan oleh Rasulullah. Biarlah orang yang ingin dijadikan isteri itu benar-benar orang yang ingin dibela. Banyak berlaku di kalangan suami yang kononnya ingin membela nasib wanita, tetapi memilih anak gadis yang berumur 17 tahun, walaupun tak salah. Tentulah lari daripada konsep pembelaan. Rasulullah SAW dalam konteks membela kaum wanita, baginda mengahwini wanita-wanita yang janda dan sudah berumur bahkan ada yang sudah putus haidnya.

Janganlah poligami itu sahaja mengikut sunnah Rasul sedangkan pengamalannya tidak mengikut sunnah. Rasulullah sendiri sewaktu memperisterikan Khadijah tidak sekali-kali melakukan poligami. Baginda menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh Khadijah. Setelah kematian Khadijah dan baginda berkahwin dengan Aisyah barulah baginda melaksanakan poligami berdasarkan wahyu Allah SWT.

Justeru pihak suami perlu berpada-pada dengan apa yang ada dan jika ada keinginan untuk berpoligami seharusnya menilai diri samada boleh mengikut anjuran Rasulullah atau sebaliknya. Poligami ini jelas merupakan satu keharusan dalam Islam. Bagaimanapun para suami yang berkeinginan untuk berpoligami perlu meneliti dahulu apakah diri mereka layak untuk melaksanakannya supaya tidak berlaku keretakan atau keruntuhan rumah tangga yang telah sedia dibina.

Apa yang penting ialah para suami perlu bijak menangani masalah rumah tangga, bersikap tegas dan berkeupayaan dalam menjalankan tugas seorang suami. Jangan pula pihak suami yang berpoligami ada niat untuk menumpang kekukuhan ekonomi pihak isteri kedua atau seterusnya, sudah tentu tidak kena caranya. Para isteri janganlah melawan hukum Allah yang membolehkan poligami bagi lelaki yang mampu melaksanakannya. Jadilah wanita solehah yang memahami keadaan suami dan memahami hukum Allah agar terlepas dari seksa Allah SWT.

ISTERI YANG DERHAKA KEPADA MENTUA

Tidak ada siapa yang mahu dicap sebagai anak derhaka, demikian juga yang terjadi kepada Alqamah. Sejak remajanya lagi Alqamah sentiasa memberi layanan yang baik kepada ibunya. Tidak pernah kasar kepada ibunya. Diceritakan, apabila tinggal berasingan dari ibunya, dia akan singgah menjenguk ibunya setiap hari ketika berulang-alik ke masjid.

Bagaimanapun, sikap Alqamah berubah apabila mendirikan rumah tangga. Kasih dan tumpuan sudah diberi kepada isteri tercinta, lalu sering terlupa pada ibu sendiri. Si ibu sudah jarang diziarahi hingga akhirnya si ibu memendam rasa terhadap si anak. Tidak ada siapa yang tahu hal ini, malah Alqamah sendiri pun tidak dapat mengesan gejolak hati ibunya. Hanya setelah Rasulullah SAW sendiri “menyoal siasat” si ibu kerana Alqamah tidak mampu mengucap syahadah dalam nazaknya, barulah perasaan yang terpendam itu diluahkan. Itu pun setelah Rasululah memerintahkan sahabat-sahabat menghimpun kayu api dan mengancam untuk membakar Alqamah. Akhirnya si ibu memaafkan anaknya itu, barulah Alqamah dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir dalam redha ibunya.

Mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada Alqamah, timbul persoalan kenapa boleh berlaku hal seumpama itu sedangkan hubungan menantu-mentua telah diatur dengan begitu cantik di dalam Islam. Islam menetapkan, apabila seorang lelaki berkahwin, bererti dia mengembangkan keturunan keluarganya. Isterinya adalah orang baru dalam keluarga itu yang harus diberi perlindungan, pembelaan dan diberi nafkah secukupnya oleh suaminya sebagai wakil keluarga.

Manakala keluarga sebelah isterinya walaupun ‘kehilangan’ seorang ahli tetapi dalam masa yang sama, mendapat jalinan hubungan dengan keluarga baru di mana kedua-dua keluarga wajib saling berhubungan (menjalin silaturrahim). Hubungan kedua-dua keluarga ini adalah dengan ketetapan bahawa anak perempuan tadi harus ‘tunduk’ di bawah wilayah tadbir keluarga suaminya dan akur dengan resam budaya keluarga itu selagi tidak melibatkan pelanggaran syariat.

1. Tidak Memuliakan Keluarga Suami

Di dalam kitab Muhimmah disebutkan bahawa antara sifat isteri yang solehah ialah dia memuliakan keluarga suaminya lebih daripada keluarganya sendiri. Apabila ia tidak memuliakan keluarga suami, bererti ia telah menderhakai suami. Namun dalam kes-kes seperti yang berlaku kepada Alqamah tadi, pihak suami tidaklah wajar dengan membiarkan dirinya renggang dengan keluarga sendiri, sebaliknya lebih rapat dengan keluarga isteri. Suami seolah-olah terpisah dari naungan keluarga sendiri, lalu lebih selesa berteduh di bawah naungan keluarga isteri.

Berlakunya hal seumpama ini didorong oleh kurangnya ilmu dan pimpinan baik di pihak suami atau isteri. Tanpa ilmu, tiadalah panduan bertindak dalam mengatur kehidupan. Tanpa pimpinan, hilanglah pedoman dan kekuatan mengatur langkah demi mencari keredhaan Allah. Ilmu penting untuk kejernihan akal, manakala pimpinan untuk menjernihkan jiwa.

2. Tidak sayang kepada keluarga suami

Isteri perlu memahami dengan jelas aspek-aspek tertentu dalam sistem kekeluargaan dalam Islam. Apa peranan dan kedudukannya dalam sebuah keluarga besar yang di situ ada ibu bapa, mentua, ipar dan saudara-mara lain. Bagaimana memberi prioriti (keutamaan) dalam hal-hal yang melibatkan hubungannya dengan suami dan hubungan dengan ibu bapa sendiri. Isteri perlu berfikir mana satu patut didahulukan antara taat kepada ibu bapa dengan memenuhi keperluan anak dan suami, antara tanggungjawab menggembirakan ibu bapa dengan tanggungjawab melayan anak dan suami dan lain-lain.

3. Kurang Memperhatikan Keluarga Suami

Isteri tidak istiqamah dalam menyuburkan sifat-sifat terpuji dan mengikis sifat-sifat keji yang dapat melahirkan akhlak mulia. Maka berlakulah kes-kes kurang memperhatikan ibu mentua atau mentua berkecil hati dan marah. Keadaan menjadi bertambah parah apabila isteri ego dan mengabaikan hak-hak mentuanya yang juga ibu kepada suaminya.

4. Tidak Ikhlas Kepada Keluarga Suami

Tanpa niat yang ikhlas, seorang isteri mudah alpa pada tanggungjawab terutama bila ditimpa dugaan. Bisikan syaitan dan bujukan nafsu tidak mampu ditepis. Tipu daya musuh batin yang begitu halus, tidak mampu lagi dikesan.

5. Melebihkan Keluarga Sendiri Daripada Keluarga Suami

Hal ini boleh berlaku apabila isteri tidak mengiktiraf kepimpinan suami dan kehadiran keluarga suami. Mungkin bagi sesetengah isteri, dia berasa kedudukan diri dan keluarganya lebih daripada kedudukan suami dan keluarga suami. Maka ketaatan pada suami adalah dengan ‘bersyarat’ iaitu suami memberi perhatian tidak berbelah bagi kepada dirinya dan keluarganya walaupun ini bermakna suami harus memutuskan hubungan atau renggang dengan keluarganya sendiri.

Kes ini biasa berlaku bila seorang lelaki berkahwin dengan wanita yang status sosial diri atau kerjaya lebih tinggi berbanding keluarga si lelaki. Bagaimanapun, ia berlaku juga dalam perkahwinan sekufu di segi status sosial tetapi mungkin berbeza di sudut lain seperti isteri lebih cantik atau pandai. Sebab itu hadis menyebutkan bahawa sesiapa yang mengahwini wanita semata-mata kedudukannya maka Allah tidak akan menambah kepadanya melainkan kehinaan. Dalam satu hadis lain disebutkan bahawa ciri isteri yang solehah itu ialah, “…jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang,menyukakan hati…”Antara cara menyukakan atau menggembirakan suami ialah memuliakan keluarga suaminya setiap masa, dalam keadaan apa sekalipun.

Namun ia satu perkara yang skar dilakukan jika ketaatan terhadap suami tidak benar-benar utuh. Kadang-kadang datang dugaan dalam bentuk mentua ditimpa sakit. Tidak ada di kalangan anak sendiri yang mampu atau sanggup menjaganya. Maka anak lelaki atas rasa tanggungjawabnya, mengambil peranan itu. Namun kerana dia sendiri sibuk dengan pekerjaan, tugas itu diamanahkan kepada isterinya. Maka waktu itu pengorbanan daripada seorang isteri sangat dituntut, atas dasar taat kepada suami dan berbakti kepada mentua. Tanpa ketaatan yang utuh, si isteri tidak akan sanggup bersusah-payah untuk menjaga mentua yang sakit dan berenggang dengan suami buat seketika.

Tanpa ketaatan yang sepenuhnya juga, isteri mungkin cuai pada tanggungjawabnya, yang mungkin kerana kongkongan ibu bapanya. Ini berlaku bilamana ibu tidak memberi kepercayaan penuh kepada anak untuk membina kehidupan sendiri dan duduk di bawah tadbir orang lain (suaminya). Isteri ini mungkin mempengaruhi suami dalam banyak hal, agar melebihkan keluarganya sendiri daripada keluarga suami.

6. Renggang Dengan Keluarga Suami

Memimpin dan mendidik isteri bukan sahaja untuk melahirkan isteri yang solehah tetapi juga ibu dan anak yang taat dan rela berbakti. Jika suami gagal mendidik isteri agar taat dan memuliakan mentua (ibu bapa suami), tentu isterinya tidak dapat diharapkan mendidik anak-anaknya agar hormat dan memuliakan datuk nenek mereka itu? Isteri tidak berasa dirinya sebahagian daripada keluarga suami, dan anak-anak tidak berasa diri mereka dekat dengan keluarga ayah sebagaimana dekatnya mereka dengan keluarga ibu. Bayangkan perasaan seorang mentua ketika itu. Menantu dan cucu-cucunya lebih mesra dengan keluarga besannya tetapi tidak dengan mereka.

7. Kurang Bersilaturrahim

Untuk membetulkan keadaan ini, maka penting bagi suami dan isteri menghayati ajaran Allah dalam soal menjalin hubungan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua pihak. Di dalam Islam, menjalin silaturrahim adalah wajib dan memutuskannya adalah
haram malam termasuk dalam salah satu dosa besar. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Tidak masuk syurga orang yang memutuskansilaturrahim.”Sabdanya lagi, bermaksud:

“Sesungguhnya rahmat Allah tidak turun pada kaum yang adapadanya orang-orang yang memutuskan silaturrahim.”

(Riwayat Ahmad)

Di dalam Islam, asas-asas bagi jalinan silaturrahim yang kukuh di dalam keluarga (termasuk hubungan dengan mentua) adlaah:

Kefahaman yang jelas terhadap tanggungjawab setiap ahli dalam sesebuah keluarga.

Menghias diri dengan akhlak yang mulia seperti merendah diri, pemurah, pemaaf, sabar, redha, menghormati orang tua,penyayang, bersikap mengambil berat dan belas kasihan. Dengan akhlak mulia, hati mentua dapat ditawan melalui kemesraan yangdilahirkan. Mentua merasakan menantunya seperti anak sendiri, manakala si menantu dapat merasakan mentuanya bagai ibu sendiri; dihormati, disayangi sepenuh hati dan selalu diminta pandangannya.

Adanya niat yang ikhlas iaitu melakukan kebaikan dan menunaikan tanggungjawab semata-mata kerana Allah, menantu akansanggup berkorban untuk kebahagiaan mentua dan untuk kebahagiaan suami selagi tidak masuk dalam perkara mungkar atau maksiat.Niat yang ikhlas menjadi benteng dari bisikan syaitan dan hasutan pihak ketiga.

Adanya sifat amanah dalam menunaikan tanggungjawab. Setiap pasangan suami isteri perlu merasai bahawa isteri atausuaminya adalah anugerah Allah yang harus dipelihara. Bagi isteri, selain menjadi penenang jiwa bagi suami, dia harus menjadipembantu suami dalam melaksanakan tanggungjawab. Jika suami cuai dan lemah, maka isteri menjadi penguat. Sebab itu dalam hadis yang masyhur, Rasulullah bersabda:

“Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara; hartanya,kecantikannya, kedudukan dan kerana agamanya, maka pilihlah perempuan yang beragama nescaya menguntungkankamu.”

Walaupun di peringkat awal si isteri tidak sedar berlakunya kelalaian di pihak suami tetapi disebabkan asas agamanya yang kuat, dapat mengingatkan suami atas kelalaiannya itu. Sebagai isteri memegang peranan yang penting agar keluarga mereka selamat dan diredhai Allah SWT. Dengan kukuhnya nilai Islam, dalam rumahtangga akan mencurah rahmat Allah dan di situlah lahirnya keberkatan. Bila ada keberkatan, suami dan isteri mampu menunaikan segala perintah Allah serta mampu pula menjalin hubungan baik dan mesra dengan ahli keluarga kedua-dua pihak terutama dengan ibu bapa sendiri dan mentua.

Untuk mengukuhkan hubungan kedua-dua belah pihak, terutama bagi pihak isteri agar tidak menderhakai suami, maka perlu dilakukan perkara-perkara berikut:

Taat dan berbakti kepada suaminya

Berbakti kepada ibu mentuanya dan memuliakan keluarganya

Mesra dengan suami dan sentiasa berusaha mencari keredhaannya

Tidak membuka rahsianya

Berdiri disisinya dan berkongsi pandangan dengannya

Membantu suami mentaati Allah

Memahami jiwa suaminya

Berhias untuk suami

Menemui suami di dalam kegembiraan dan bersyukur

Berkongsi kesedihan dan kegembiraan bersama suami

Menundukkan pandangan selain daripada suami

Tidak menceritakan keadaan wanita lain kepada suami

Mewujudkan ketenagan, kerehatan dan kedamaian dalam rumahtangga

Bertoleransi dan saling memaafkan

Wanita Yang Mendedahkan Aurat

MENAMPAKKAN PERHIASAN

Diharamkan bagi perempuan menampakkan perhiasannya kepada lelaki asing. Perhiasan yang dimaksud dapat berupa perhiasan atau pun aurat wanita itu sendiri. Allah Taala menyatakan di dalam firmanNya, maksudnya:

“Dan janganlah mereka menampakkanperhiasannya”

(An-Nur: 31)

Sehingga bila pada perempuan itu terdapat perhiasan samada di dada mahu pun pada tangannya, maka wajiblah baginya untukmenutupi kedua tempat itu. Terlebih-lebih di masa kini, di mana perempuan semakin terdedah dengan berbagai perhiasan dan warna-warni pakaian. Namun di sisi lain mereka yang berakal tidak meragukan lagi pengharaman atau larangan menampakkan perhiasan bagi perempuan di hadapan lelaki asing.

Ada pun perkara yang dilakukan wanita-wanita kini dengan berbagai bedak, minyak wangi dan sebagainya jelas dimaksudkan untuk memperindah atau mempercantik diri. Seterusnya mereka memperlihatkan diri mereka kepada para lelaki asing di jalan-jalan. Tidaklah diragukan lagi bahawa pengharaman terhadap hal seperti ini telah disepakati oleh seluruh ulama.

MELAKUKAN KEMUNGKARAN

Syeikh Imam Al Qurthubi menyebutkan kemungkaran yang dilakukan wanita pada zamannya. Katanya:

“Pasar-pasar penuh dengan perempuan. Rasa malu yang hanyatinggal sedikit telah bermaharajalela dan meliputi kebanyakan perempuan hingga dapat anda saksikan perempuan-perempuan dudukdalam keramaian kelompok-kelompok muzik, bersolek dan memakai perhiasan. Inilah kemungkaran yang telah menyebar di zaman kita sekarang. Kita berlindung kepada Allah dan keadaan seperti itu dan dari kemarahan-Nya.”

Al Allamah Ibnu Hajr al Haitami menganggap bahawa keluarnya seorang perempuan dengan memakai harum-haruman dan perhiasan merupakan dosa besar. Katanya:

“Dosa-dosa besar jumlahnya dua ratus tujuh puluh sembilan.Keluarnya seorang perempuan dari rumahnya dengan memakai harum-haruman dan perhiasan walau dengan seizin suami adalah salahsatu di antaranya.”

Rabi’ Ibnu Hirasyi meriwayatkan dari isterinya, dari saudara perempuan Hudzaifah yang berkata:

“Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami: Wahai para perempuanbukankah kamu memiliki perhiasan perak dan emas yang kamu pakai untuk berhias? Sesungguhnya tidaklah seorang dari kamuberhias dengan emas yang dinampakkannya kecuali dia akan diseksa dengan perhiasannya itu.”

Dalam huraian ini jelas tedapat ancaman yang keras terhadap perbuatan menampakkan perhiasan opleh perempuan dihadapan orang-orang yang dilarang untuk melihat perhiasannya itu, padahal berhias dengan emas, perak dan sebagainya dibenarkan oleh syariat dengan tujuan untuk kelihatan cantik di hadapan suami. Sedangkan perbuatan selain daripada itu dianggap dosa dan wanita yang melakukannya termasuk ke dalam senarai mereka yang dicintai oleh iblis.
Hadis di atas menunjukkan bahawasanya dilarang seorang perempuan untuk menampakkan perhiasan. Baik yang berbentuk perhiasan biasa atau pun berbentuk tubuh badan dan sebagainya. Hal ini dikuarkan lagi dengan hadis dari Aisya r.a ketika ditanyakan kepadanya:

“Bagaimana pendapatmu tentang pewarna, celak, azimat, subang,gelang kaki, cincin emas serta pakaian nipis? Aisyah r.a. menjawab: “Wahai para wanita! Kisah tentang kalian adalah kisahtentang seorang wanita. Allah menghalalkan bagi kalian perhiasan tanpa boleh kamu berdandan atau bersolek bagi mereka yang tidak boleh melihat perkara yang haram dari diri kalian.”

WANITA YANG MENYUKAI FITNAH

Fitnah dan rosaknya zaman kini lebih diakibatkan oleh bermaharajalelanya wanita yang mendedahkan aurat. Dengan itu fitnah mempunyai kesan yang buruk dalam kehidupan manusia, yang dapat menimbulkan bencana dan memporak-perandakan kerukunan dan ketenteraman. Begitu buruknya fitnah itu sehingga pada saat Rasulullah SAW mengetahui bahawa Fadl Ibnu Abbas menoleh kepada seorang perempuan Khath’am yang terlarang untuk dilihat, segera baginda memalingkan wajah Fadl. Tidaklah hal tersebut dilakukan oleh Rasulullah melainkan kerana baginda tidak dapat menjamin tiadanya fitnah yang bakal terjadi di antara Fadl dan perempuan Khat’am tersebut.

Oleh sebab itu siapa pun yang mengetahui keadaan masyarakat moden dan keadaan di dalamnya yang penuh dengan kerosakan, pastilah menyedari bahawa mendedahkan aurat merupakan jalan yang dapat membawa manusia kepada hal-hal yang terlarang dan dapat membawa kepada kebinasaan. Sebeb wanita yang mendedahkan auratnya tidak akan bebas dari bahaya fitnah. Fitnah wanita yang mendedahkan aurat merupakan fitnah yang lebih berbahaya daripada fitnah yang lainnya.

Dari Usmah Ibnu Zaid r.a dari Nabi SAW yang bersabda:

“Tidaklah kutinggalkan nanti sesudahku fitnah yang lebihberbahaya bagi lelaki selain fitnah dari perempuan.”Demikianlah peringatan Nabi SAW kepada manusia agar mereka tidak terjatuh ke dalam jeratan wanita, tipu daya mereka tau pun tergelincir kerana mereka.

BERPAKAIAN TETAPI TERLANJANG

Tudung yang dikenakan perempuan saat keluar rumah disyaratkan haruslah tebal, tidak nipis pada bahagian bawahnya dan bukan tudung yang bercorak perhiasan sebagaimana trend yang dilakukan wanita di zaman ini. Memakai pakaian yang nipis tidaklah berbeza dengan berdandan dan memakai perhiasan. Lebih daripada itu berpakaian seperti itu bererti memancing timbulnya fitnah yang sememangnya harus dihindari.

1. Memakai Pakaian Nipis

Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan larangan tersebut:

1. Dari Abu Hurairah r.a yang berkata:

“Rasulullah SAW bersabda: “Dua golongan dari ahli neraka yangtidak mahu saya lihat:”

Suatu kaum yang memegang cambuk/cemeti yang bagaikan ekor-ekor lembu. Kemudian dengan itu mereka cambukkan manusia.

Perempuan-perempuan yang berpakaian namun terlanjang. Berlenggang-lenggok ketika berjalan. Kepala-kepala mereka bagaikanpunuk-punuk unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak pula mendapatkan harumnya (syurga). Sesungguhnya harumsyurga itu terdapat pada perjalanan begini dan begini.” Al Hafidh Ibnu Abd. al Birri berkata: “Maksud dari sabda Rasulullah SAW “Berpakaian tetapi terlanjang” adalah gambaran tentang perempuan yang berpakaian dari kain yang nipis yang dapat memberikan gambaran bentuk tubuh dan bukan bersifat menutupi tubuh. Kaum perempuan seperti ini secara zahir dan secara sebutannya sahaja berpakaian, namun pada hakikatnya mereka berterlanjang.

2. Memakai Pakaian Ketat & Sempit

Di antara syarat-syarat menutup aurat seorang wanita muslimah adalah agar pakaian yang dipakai tersebut hendaklah longgar dan tidak sempit. Dengan demikian bentuk tubuhnya tidak dapat digambarkan. Pakaian yang sempit dapat menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, dan bila keadaannya seperti itu, maka pakaian tersebut dapat menjadi bahagian dari perkara yang dapat menyesatkan. Dapat juga menjadi salah satu sebab bagi timbulnya kejahatan dan menjadi salah satu sebab menimbulkan fitnah. Maka untuk melindungi perempuan dan untuk memelihara masyarakat, Islam mengharamkan ‘tabarruj’ (berhias) sekaligus memerintahkan perempuan agar berpakaian hijab dengan memakai pakaian yang longgar, tebal, dan tidak tergambar bentuk tubuhnya.

Perhatikanlah! Allah sebegitu jauhnya memerintahkan kepada seorang perempuan muslimah untuk menutup tubuhnya dan tidak menampakkan sedikit pun dari bentuk tubuhnya itu. Kesemuanya ini dengan matlamat untuk menghormati dan melindungi kaum wanita agar mereka memiliki marwah dan harga diri yang sempurna. Bagaimana dengan perempuan-perempuan di zaman kita sekarang. Mereka telah keluar dari syariah yang telah ditetapkan Allah di dalam hal berpakaian. Yang mereka pakai adalah pakaian yang sempit, pendek dan ketat. Mereka juga memperlihatkan perhiasan-perhiasan pada tempat-tempat berkumpulnya manusia. Terhadap hal ini para suami atau pun wali mereka hanya dapat mendiamkannya sahaja. Sebahagian dari mereka kita ketahui tetap mendirikan solat, membayar zakat malah juga memuliakan Allah dengan berhaji ke rumah-Nya yang suci.

Sebagaimana wanita dilarang berpakaian ketat yang dapat menggambarkan bentuk tubuhnya, demikian jugalah dilarang bagi para muhrim untuk melihat yang tergambar dari auratnya. Sedangkan kepada lelaki asing dilarang untuk melihat yang tergambar dari seluruh bentuk tubuh wanita. Walau pun pakaian yang dikenakan itu tebal serta tidak nipis.

3. Memakai Pakaian Warna-Warni

Dasar dari menutup aurat ke atas wanita adalah untuk menutupi bentuk tubuh dan mencegah pandangan orang kepadanya. Maka jika hijab diperindah dengan gambar-gambar yang menawan, warna-warni atau pun jahitan yang indah dan dapat menarik perhatian orang lain, akan hilanglah hikmah memakainya. Hijab yang seperti itu tidak berfungsi untuk mencegah pandangan orang lain, tidak pula dapat menolak kesan yang bakal ditimbulkannya. Oleh itu pakaian yang seperti itu dilarang untuk dipakai. Dengan itu pakaian-pakaian seperti itu termasuklah ke dalam senarai pakaian-pakaian yang tidak boleh untuk ditampilkan dan dipakai. Padahal dengan menutup aurat yang sempurna, akan tertutuplah salah satu sebab dari pelbagai sebab yang dapat menimbulkan fitnah, dan tertutup pulalah ancaman mangsa bagi manusia yang telah sakit jiwanya.

Wanita Yang Menyerupai Lelaki

DARI SEGI PAKAIAN

Tidak dibenarkan seorang wanita menyerupai seorang lelaki atau pun sebaliknya seorang lelaki menyerupai seorang wanita. Penyerupaan tersebut dilarang samada dalam suara, bentuk tubuh, cara berjalan, gerak-geri, pakaian mahupun dalam hal-hal lain yang memang pada keduanya telah terdapat perbezaan. Allah Taala telah menciptakan wanita dan lelaki. Bagi masing-masing diciptakan pula tabiat yang khusus sehingga mereka saling berbeza. Dengan perbezaan tersebut yang satu akan tertarik kepada yang lainnya. Dia dapat menenteramkan hati dan perasaannya kepada pasangannya. Dengan begitu kehidupan manusia akan berlanjut untuk memakmurkan dunia. Namun sebaliknya penyerupaan antara yang satu dengan yang lain merupakan kenyataan yang melanggar norma kehidupan. Sekaligus sebagai penderhakaan terhadap fitrah wanita dan lelaki yang telah ditetapkan Allah kepada mereka. Lalu berkecamuklah di hadapan mereka faham-faham persamaan. Menghilanglah sendi-sendi perbezaan alami di antara kedua jenis tersebut. Masing-masing telah mulai kehilangan spesifikasi khas yang dimiliki dan yang membezakannya. Hingga mulailah terdapat kecenderungan wanita untuk bersifat ‘jantan’ (kelelakian) dan lelaki pula bersifat kewanitaan (pondan). Pernikahan akhirnya tidak dipentingkan kerana memperturutkan kemahuan sesama jenis.

Dengan begitu bermaharajalelalah homoseksual. Terjadilah perbuatan-perbuatan yang dapat menjauhkan rahmat Allah. Kehinaan mengambil tempat kemuliaan. Perbuatan seks dengan sesama jenis meminggirkan tempat-tempat pernikahan yang sesuai dengan syariah. Hal ini dapat disaksikan di Eropah. Mulai dari bercinta dengan sesama jenis hingga kepada penghambaan terhadap nafsu syahwat. Malahan sebahagian perempuan dari masyarakat tersebut dapat menjadikan anjing sebagai tempat pelampiasan hawa nafsunya. Kebiasaan-kebiasaan buruk itu, kini mulai menyerang belia-belia Islam. Dimulai dengan mengikuti kebiasaan-kebiasaan aneh mahupun kegemaran-kegemaran yang tidak lazim, pemuda di dunia Islam mulai memanjangkan rambutnya, mencukur janggutnya, menghaluskan suara dan juga menyempitkan pakaiannya. Sedangkan gadisnya memendekkan rambut, merokok, bersuara lantang bagaikan lelaki. Semua itu dilakukan tanpa rasa malu yang dapat menghalangi perbuatan tersebut.

Rasulullah melarang seorang lelaki menyerupai wanita dan juga wanita yang menyerupai lelaki. Dari Abu Hurairah r.a yang berkata:

“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaianperempuan atau pun perempuan yang memakai pakaian lelaki.”

Dari Ibnu Abbas yang berkata:

“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan danperempuan yang menyerupai lelaki.”

Al Hafiz Ibnu Hajr berkata:

“Menurut at Tabari, maknanya bahawa tidaklah dibolehkanlelaki menyerupai perempuan dalam pakaian atau pun perhiasan yang memang dikhususkan untuk perempuan. Demikian sebaliknya,dan demikian pula kiranya dalam berbicara dan berjalan. Ada pun dalam hal bentuk pakaian terdapat perbezaan pendapat berkenaan dengan perbezaan negeri. Akan tetapi perempuan dibezakan dengan berhijab dan menutupi dirinya (tubuhnya).”

Tentang penyerupaan dalam suara dan berjalan, hal ini dikhususkan kepada mereka yang memang sengaja melakukannya. Namun apabila penyerupaan tersebut memang dari asalnya (pembawaan lahir/semulajadi) dia hanya diperintahkan untuk meninggalkannya dan berusaha secara tekun dan beransur-ansur untuk merubatnya. Bila dia tidak berbuat seperti itu, lalu dia pun tetap dalam kebiasaan tersebut, maka dia akan mendapat celaan. Bila keadaannya seperti itu maka itulah dimaksudkan dengan lafaz (menyerupai). Sedangkan yang telah pasti seperti menurut an Nawawi: seorang pondan semulajadi (pembawaan lahir) tidak akan dicela selama dia tidak mampu untuk meninggalkan sifatnya dalam berjalan, berbicara, setelah berubat dan usaha untuk memperbaikinya. Namun bila dia dapat merubah (pembawaan lahir) tersebut walau pun secara beransur-ansur sedangkan dia menolaknya, maka dia mendapat celaan.

Dari Ibnu Abbas r.a yang berkata:

“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang bersifat keperempuanandan perempuan yang kelelakian. Sabdanya: “Keluarkanlah mereka dari rumah-rumahmu.” Ibnu Abbas berkata: “Nabi SAW mengeluarkanseorang lelaki seperti itu dan Umar mengeluarkan perempuan yang seperti itu.” Jika seorang perempuan mengenakan pakaian lelaki yang dibalik, berlubang dan tangannya yang sempit, bererti dia telah menyerupai lelaki. Maka dia akan mendapat laknat dari Allah. Demikian pula dengan suaminya yang membiarkannya seperti itu atau pun redha kepada perbuatan isterinya serta tidak melarang dan mencegahnya padahal para suami diperintahkan untuk memelihara isteri mereka agar teguh di dalam ketaatan kepada Allah. Para suami juga diperintahkan untuk mencegah isteri mereka dari perbuatan maksiat. Hal ini adalah amanat dari firman Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud:

“Didiklah dan ajarlah mereka dan suruhlah mereka untuk mematuhi Allah lalu cegahlah mereka dari berbuat maksiat kepada Allah.”

(At-Tahrim: 6)

Wanita Yang Menyerupai Orang Kafir

DARI SEGI PAKAIAN

Tidak dibenarkan seorang muslim menyerupai orang kafir di dalam perbuatan, ucapan dan perayaan hari raya mereka. Hal ini dimaksudkan agar masyarakat Islam dapat memiliki keperibadian yang berbeza dari yang lain dalam segala cara kehidupan mereka. Selain itu kesepakatan masyarakat muslim dengan masyarakat kafir di dalam perbuatan, ucapan, pakaian mahupun hari-hari raya mereka dapat mendorong mereka untuk menyerupai masyarakat kafir. Tentunya hal ini dapat menimbulkan kerosakan akidah dan dapat menghilangkan identiti keperibadian masyarakat muslim. Dan kemungkinan lebih jauh, bahawa mereka menjadi pengikut
masyarakat yang memusuhi mereka. Padahal Islam tidak menghendaki penganutnya menjadi pengikut musuh-musuhnya. Akidah yang mereka pegang mengajarkan mereka menjadi pemimpin bagi manusia, bukannya menjadi pengikut bagi setiap pendusta dan penyeleweng. Firman Allah yang bermaksud:

“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedihhati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.”

(Ali Imran: 139)

Adapun larangan untuk menyerupai dengan masyarakat kafir terdapat pada beberapa tempat di dalam al Quran al Karim. Demikianpula, terdapat di dalam sabda Rasulullah SAW. Firman Allah yang maksudnya:

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat dariurusan agama, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnyamereka sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu sedikit pun dari seksaan Allah. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain dan Allah adalah pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa.”

(Al Jatsiah: 18-19)

Seterusnya Allah SWT menjelaskan bahawa sebahagian dari masyarakat kafir adalah wali bagi yang lain samada di dunia mahupundi akhirat. Namun tidak seorang walupun dari mereka yang dapat memberikan manfaat untuk mencapai pahala ataupun untuk menghindarkan diri mereka dari azab Allah. Sebaliknya, masyarakat muslimin yang bertakwa dan mendapat petunjuk, sesungguhnya Allah lah Tuhan mereka. Syeikh Ibn Taimiyah berkata: Allah telah menjadikan bagi Nabi Muhammad SAW sebuah syariat lalu Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW agar mengikuti syariat tersebut serta melarangnya agar mengikuti kehendak hati orang-orang yang tidak mengetahui. Termasuk ke dalam pengertian orang-orang yang tidak mengetahui tersebut adalah orang-orang yang menentang syariat yang dibawa Nabi Muhammad SAW.

MEMAKAI PAKAIAN YANG ADA TANDA SALIB

Tidak dibolehkan mengenakan pakaian yang tedapat gambar salib di dalamnya atau pun seumpamanya. Pkaian yang dilarang tersebut termasuklah tudung yang dipakai untuk keluar atau pun untuk yang lainnya. Larangan terhadap salib ini dapat difahami kerana salib adalah syiar dan lambang dari agama Nasrani (Kristian). Mereka telah membuat salib tersebut sebagai lambang untuk sebuah akidah yang sesat. Iaitu anggapan yang mereka yakini bahawa Nabi Isa as. telah dibunuh dan disalib. Oleh itu mereka mensucikan salib sebagai dasar ketaatan terhadap akidah mereka dan menghormati atau pun mengagungkannya adalah cara untuk mendekati Tuhan. Allah Taala menyatakan bahawa anggapan mereka tersebut adalah dusta dan kebohongan. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuhal Masih Isa putera Maryam, Rasul Allah.” Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi (yang merekabunuh) ialah orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) itu benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka. Mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

(An Nisa: 157-158)

Hadis-hadis berikut ini menunjukkan adanya larangan mengenakan pakaian apa sahaja yang terdapat salib dan seumpamanya.Dari Imran Ibnu Hitthan, sesungguhnya Aisyah ra. memberitahunya bahawa Rasulullah SAW tidak akan membiarkan di dalam rumahnya terdapat sesuatu yang ada salibnya kecuali dihilangkannya.

Dari Aisyah ra. yang berkata:

“Kami tidak memakai pakaian yang terdapat gambar salibpadanya. “Dari Abu al Jahhaf, katanya:
“Saya bertanya kepada Abu Jaafar tentang kotak Tabut yang ku miliki dan padanya terdapat gambar-gambar. Lalu Abu Jaafar memberitahuku bahawa dia melihat Umar membakar pakaian yang adagambar salibnya, dia pun menghilangkan salib dari pakaian itu.”

Dari riwayat para sahabat ini terdapat petunjuk tidak boleh memakai pakaian yang terdapat padanya salib. Kalau tidak tentu Umar ra. tidak berani membakar pakaian tersebut.

Dari Ibnu Aun dari Muhammad bahawa Rasulullah SAW melihat pada tirai beberapa isterinya gambar salib, lalu baginda memerintahkan hingga mereka memotongnya. Dari beberapa hadis mahupun riwayat tersebut diatas, terdapat petunjuk yang jelas yang melarang memakai pakaian terdapat padanya gambar salib. Bila tidak, bererti kita menyerupai masyarakat Kristian yang telah menjadikan salib sebagai lambang akidah mereka yang batil mahupun sebagai syiar syariat mereka yang telah diselewengkan. Ibnu Qudamah berkata:

“Dibenci adanya gambar salib dalam pakaian kerana Imran Ibnu Hitthan telah meriwayatkan dari Aisyah ra. bahawa Rasulullah SAW tidak akan membiarkan di dalam rumahnya sesuatu yang adasalibnya kecuali dihancurkannya.”

Imam Bukhari telah menjelaskan hadis ini di dalam kitab al Buyu’ pada Bahagian “Perdagangan Benda-benda yang dibenci untuk lelaki dan perempuan.” Al Hafiz Ibny Hajar dalam penjelasannya mengatakan: “Larangan memakai pakaian atau kain yang terdapat gambar-gambarnya untuk semua golongan samada kepada lelaki mahupun kepada perempuan.”

Wanita Yang Tidak Mahu Mengurus Anak

Setiap insan yang bernama ibu dan bapa menginginkan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah kerana seorang anak yangberiman dan mempunyai akhlak yang mulia akan dapat membantu ibu bapa baik di dunia lebih-lebih lagi di akhirat nanti. Sememangnya itulah idaman kita, tetapi adakah kita berusaha untuknya? Apakah yang kita lakukan untuk menjamin cita-cita kita itu? Kebanyakan yang berlaku sekarang ini ibu bapa membiarkan anak-anak mereka menjalani hidup sendiri. Ibu bapa hanya berpuas hati jika dapat memberi makan dan minum kepada anak secukupnya.

Begitu juga ibu bapa berasa senang hati apabila dapat membiayai anak mereka dalam pelajaran. Tetapi berapa ramai ibu bapa yang mengasuh dan mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh yang tinggi budi pekertinya? Jawabnya tidak ramai dan ini terbukti apabila gejala sosial yang melanda di kalangan remaja sekarang ini semakin berleluasa dan berada pada tahap yang membimbangkan.

MENGABAIKAN ANAK

Untuk melahirkan anak yang baik yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi bukanlah terlalu sukar. Cuma ibu bapa hendaklah menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh mereka terhadap anak-anak. Perkara yang paling penting sekali ialah sentiasa mendampingi anak-anak atau memberi perhatian kepada mereka. Mendampingi anak-anak sangat mustahak kerana dengan cara ini sahaja kita akan dapat mengetahui perasaan dan sebarang permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Jika kta mengabaikannya, menyebabkan mereka memendam rasa yang boleh merosakkan atau membahayakannya. Biasanya anak yang mempunyai masalah, yang tidak diambil peduli oleh ibu bapa, akan mencurahkan isi hati mereka kepada kawan-kawan yang rapat dengannya. Mencurahkan isi hati pada rakan tidaklah menjadi kesalahan tetapi sekiranya rakan-rakannya itu adalah dari kalangan mereka yang mempunyai peribadi yang buruk ditakuti akan merosakkan anak tersebut.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk membolehkan ibu bapa berdamping atau berkawan dengan anak-anak remaja mereka. Pertama, ibu bapa hendaklah sentiasa memperhatikan perilaku dan gerak-geri harian anak remajanya kerana dengan cara ini akan membolehkan kedua ibu bapa mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. Apabila masalah dan perasaan anak dapat diselami, maka mudahlah si ibu atau bapa untuk mendampinginya dan menjadi kawan kepada mereka.

CEREWET KEPADA ANAK

Selain daripada itu ibu bapa juga janganlah hendaknya terlalu cerewet dalam mendidik anak-anak remaja. Umpamanya, jangan terlalu sangat ingin mencungkil rahsia anak remaja, kerana cara ini boleh menjauhkan atau merenggangkan lagi anak-anak daripada kedua ibu bapa. Ini adalah kerana anak-anak pada peringkat ini dalam proses membentuk keperibadiannya sendiri dan mereka tidak suka hatta ibu bapa mereka sendiri mengetahui rahsia peribadi mereka.

Bagaimanapun apabila ibu bapa dan anak telah menjadi begitu mesra, maka dengan sendiri rahsia anak-anak akan dapat diketahui dengan mudah kerana antara ibu bapa dan anak sudah tidak ada lagi benteng pemisah. Oleh itu ibu bapa hendaklah bijak mendampingi anak-anak supaya mereka dapat menceritakan apa sahaja yang terpendam dalam hati mereka sebagaiman mereka mencurahkan segala isi hati mereka kepada rakan yang rapat dengan mereka.

MEMANDANG REMEH DAN MENENGKING

Apabila anak meluahkan masalah yang dihadapi, maka janganlah pula ibu bapa memandang remeh atau tidak mengendahkannya, tetapi hendaklah mengambil perhatian. Sekiranya apa yang disuarakannya itu dirasakan betul hendaklah menyetujuinya dan jika sebaliknya maka ibu bapa hendaklah memberi nasihat dengan cara yang baik, bukannya dengan menengking atau menolak hujah mereka mentah-mentah. Selain daripada itu untuk mendampingi anak-anak, ibu bapa boleh mengajak sama anak-anak remaja mereka dalam merundingkan sesuatu hal atau masalah dalam keluarga. Misalnya dengan cara meminta pandangan atau timbul dalam keluarga. Cara begini dapat menimbulkan rasa dihormati dan perasaan tanggungjawab pada keluarganya. Secara tidak langsung, tentunya akan menambahkan keintiman hubugan antara anak dengan ibu bapa.

TIDAK MAHU BERKUMPUL DAN BERAMAH MESRA

Ibu bapa juga hendaklah sentiasa meluangkan masa untuk anak-anak. Misalnya, pada waktu lapang mengajar anak-anak berkumpul untuk beramah mesra & dalam masa yang sama bertukar-tukar fikiran. Pada masa beginilah ibu bapa akan dapat mendekati atau mengenal hati budi mereka dan secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan antara keduanya. Sesungguhnya anak remaja adalah golongan yang mempunyai tingkat sensitiviti yang tinggi kerana pada tahap ini mereka dalam zaman peralihan untuk menjuju ke alam dewasa. Ibu bapa harus memahami keadaan ini dan hendaklah dapat menyesuaikan diri dengan pengaruh emosi yang ada dalam diri anak mereka. Sebenarnya banyak cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mendampingi anak-anak bergantunglah pada suasana dalam keluarga itu sendiri. Dengan hubungan mesra yang terjalin antara anak-anak dan ibu bapa akan mengelakkan anak-anak daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara yang tidak baik seterusnya dapat mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.

Penyakit Wanita Berkarier

Kita hari ini hidup dalam masyarakat moden dimana sistem komputer sudah mempengaruhi hidup manusia. Dia masa yang sama manusia sudah mencipta alat-alat canggih di darat, laut dan udara termasuk di angkasa lepas. Semuanya mesti berkejar-kejar agar tidak ketinggalan hingga memaksa ibu dan bapa bekerja sepenuh masa atau lebih masa untuk jaga status, hingga anak-anak mereka dibiarkan membesar dan diurus oleh orang gaji; jiran yang menjaga atau ditempatkan di nurseri seperti anak-anak ayam yang ditetas oleh kuasa elektrik.

Apabila si isteri dan anak gadis bekerja; mereka sudah masuk ke satu alam kerjaya – menjadi wanita berkarier. Sudah tentu mereka akan hidup berbeza dengan surirumah sepenuh masa. Di masa dulupun memang ada wanita bekerja; tetapi masalah yang dihadapi oleh wanita hari ini amat membimbangkan dari segi kesihatan.

Dalam masyarakat perkampungan, wnaita bekerja membantu keluarga memasarkan hasil pertanian tidak menghadapi masalah penyakit zaman moden. Ini adalah kerana mereka makan makanan berkhasiat dengan ulam-ulam tanaman sendiri, padi tanam sendiri dan tinggal di kawasan udara bersih. Anak-anak mereka dijaga oleh datuk atau neneknya dan makanan yang disediakan untuk anak-anak ini juga dari hasil tanaman tidak seperti anak-anak di bandar besar yang gemar makan junk foods. Harini kebanyakan suami isteri tidak suka ibu atau bapa masing-masing pihak tinggal bersama. Mereka lebih rela orang gaji tinggal bersama mereka atau jika tidak mampu hantar sahaja anak ke mana-mana yang sanggup menjaga mereka. Dan si isteri ikut sama keluar pagi-pagi buta ke tempat kerja bersama suami atau pergi sendiri setalah urusan hantar anak ke tempat penjaga. Balik sebelah petang atau malam mereka terpaksa juga menyediakan makan malam, jika malas cari jalan ringkas seperti beli sahaja makanan yang dijual di luar atau masak makanan segera walaupun tidak ada zat pada makanan itu. Ditambah lagi dengan kerja yang hanya duduk di kerusi hadapi komputer, sehingga peluang untuk senaman tidak ada. Jika tidak diatasi masalah sembelit, ianya membawa kepada gejala-gejala lain seperti selalu sakit kepada, badan rasa lemah, kurang selera makan dan sakit gastrik.

Penat

Lantaran kesibukan yang keterlaluan sehingga tidak ada masa untuk menguruskan diri sendiri dengan teratur, corak pemakanan yang tidak seimbang dan berdiet yang keterlaluan semata-mata untuk menguruskan badan.

Terdapat juga wanita yang merasakan bahawa penyakit yang dia hidapi itu tidak serius, kalau sakit sangat baru hendak jumpa doktor. Hari ini sindrom wanita muda memiliki tulang orang tua sudah ada di kalangan wanita berkarier – umur masih muda tetapi tulangnya sudah reput – penyakit osteoporosis. Puncanya ialah kerana kekurangan bahan kalsium dalam badan, senaman yang kurang atau tidak langsung senaman dan kurang menerima cahaya matahari. Kurang menerima cahaya matahari ialah kerana:

Pergi kerja awal sebelum matahari terbit sudah dalam perjalanan dan apabila matahari sudah terbit, ianya sudah beradadalam pejabat berhawa dingin,

Kalau pun keluar makan dia akan berpayung

Balik dari kerja ketika matahari akan terbenam, malah kalau kerja lebih masa, matahari sudah tiada lagi.

Kurang kalsium terjadi kerana:

Selepas umur 35 tahun, kadar kehilangan kalsium dalam tubuh melebihi kadar penyerapannya. Bagi mereka yang sudah putushaid (menopaus) kehilangan hormon lebih terdedah kepada penyakit osteoporosis. Hormon yang terdapat dalam tubuh membantupengambilan dan penyerapan kalsium.

Faktor cahaya matahari penting kerana untuk mendapatkan vitamin D yang akan membantu dari segi penyerapan kalsium.

Kurang makan makanan yang berzat.

AMALAN AGAR TIDAK DIMURKAI ALLAH

Allah yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hamba-Nya itu berpasang-pasangan, lelaki dan wanita yang saling memerlukan, sebahagiannya menjadi pembantu kepada sebahagian yang lain.

1. Memelihara Kemaluan dan Melayan Suami

Allah telah mengurniakan kepada wanita dengan berbagai kelebihan. Banyak amalan ataupun cara agar wanita itu tidak dimurkai Allah, malahan syarat untuk wanita masuk syurga begitu mudah. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Seorang wanita yang mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.”

(HR Abu Nuaim)

Abd. Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yang bukan soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibuka lapan pintu syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab.”

Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidhnya membaca:

“Alhamdulillahi ‘ala kulli hal wa astaghfirullaha min kulli zanbih”

Maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, aman dari seksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berdzikir kepada Allah selama haidhnya.”

2. Menjaga Harta Suami

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia mengembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.”

3. Taat kepada Suami

Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi SAW ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang di jalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya.

“Wahai isteriku…janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali.”

Secara kebetulan ayahnya menderita sakit, maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah SAW. Baginda bersabda kepada utusan itu,

“Agar dia taati suaminya.”

Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumahnya. Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yang bermaksud, memberi wahyu kepada Nabi yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.

Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak yang seperti dituntut oleh penjahil agama. Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka…dan bila melihat ke dalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita. Oleh itu takutilah kita semua akan kemurkaan Allah.

4. Membasuh Pakaian Suami

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat untuknya.”

5. Memasak, Berdzikir dan Menutup Aurat

Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:

Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah.

Wanita yang menguli tepun dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berdzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.

Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki yang soleh.

Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dengan dzikir.

Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali dari wajah asal.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah yang Maha Indah di akhirat nanti tetapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah dengan istiqamah.

No comments:

Post a Comment